Ahad, 20 Oktober 2013

.:Hari Malaysia:.

16 September 1963 sudah tercatit dalam lipatan sejarah MALAYSIA dimana pergabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak serta Singapura. Maka terbentuklah sebuah negara yang dikenali dari dulu hingga sekarang iaitu MALAYSIA. Namun atas alasan tak mampu nak bayar hutang nasi lemak Singapura keluar daripada MALAYSIA (sumpah tipu)

31 Ogos 1957 pulak tarikh kemerdekaan MALAYSIA pada ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu. AKU bukan nak sembang pasai macam mana kemerdekaan tu terbentuk, yang tu hangpa semua dah tau. Belajaq dari darjah satu sampai darjah 12 tak kan la tak tau lagi kan. (sori terloqat kedah )

Ok seperti kita sedia maklum tok (nenek) dan tokwan (datuk) kita dulu hidup zaman penjajah iaitu zaman inggeris dan jepun pastu inggeris balik.

Berdoalah agar kita sentiasa diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian dunia ini

Masa cuti sem hari tu AKU berkesempatan untuk mendengar kisah perit maung tokwan aku hidup masa zaman penjajah, walaupun kampung tokwan aku tu tak diserang Otromen apatah lagi spidermen tapi tokwan AKU kata memang susah hidup zaman tu makan minum susah sebab tu kena bersyukur. em.. AKU pun nganguk tanda setuju.

Ok tu sedikit kisah AKU dengan tokwan AKU. Baik ini yang sebenarnya aku nak kongsi, ramai orang veteran yang aku tau memang marah kat anak muda macam AKU ni. Dia orang selalu cakap macam ni "cuba la korang mencontohi pejuang masa dulu". Ok apa yang aku nak fokuskan adalah MASA DULU.

Sering kali orang veteran mengingatkan kita bahawa kehidupan masa dulu lagi sukar daripada sekarang ni kehidupan sekarang ni banyak dah senang, tapi bagi AKU kehidupan masa sekarang lebih rumit dari dulu kerana kehidupan itu sangat subjektif berbeza zaman berbeza cabaran. Jika dulu kita kata mencapai kemerdekaan itu mendapat tentangan ataupun serangan atau lebih tepat lagi cabaran daripada musuh seperti Komunis dan keganasan Jepun terhadap penduduk kampung.

Namun dizaman ipad ni musuh yang perlu dihadapi oleh kita tidak kelihatan kerana musuh dizaman kini berbentuk idealogi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Idealogi yang sering kali di bawa masuk ke negara kita tidak dapat dikesan oleh radar askar Malaysia apatah lagi nasi kandar.

""Allah Rasulullah""

Ahad, 6 Oktober 2013

.:Kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah:.




KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya

وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله

Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :


وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

kredit Ustaz Zaharuddin.net


notakecik:jika aidilfitri ada 10 malam terakhir aidiladha ada 10 hari terakhir

"" Allah Rasulullah""

Ahad, 29 September 2013

.:Ustaz Azizan yang ku kenali:.

Penulis (depan, dua kanan) bersama rakan media bergambar bersama Ustaz Azizan selepas mesyuarat Exco terakhir sebelum PRU13 (3 April). Ketika itu Ustaz Azizan sempat berseloroh, “Mana tau, ni (gambar) yang terakhir dengan kamu semua”.



TANGGAL 24 Ogos 2013 pasti terpahat dalam memori saya kerana itulah kali pertama bertentang mata dengan Ustaz Azizan sejak beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetik.

Sebaik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang selepas menziarahi Ustaz Azizan di wad ICU (HSB), saya dibenarkan melawat, ditemani bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa ahli Pas yang turut berada di situ.

Sebaik melangkah ke bilik yang menempatkan Ustaz Azizan, hati tidak sekuat yang saya sangka.

Saya berdiri disisi Ustaz Azizan tanpa berkata-kata, hanya renungan yang mampu saya berikan.

Sedangkan dalam benak ini, banyak yang ingin saya katakan.

Ustaz Azizan ketika itu membuka mata apabila Muhammad Sanusi memanggil, “Ustaz, Linda Sinar mai tengok ustaz".

Ustaz Azizan merenung lama wajah saya. Saat itu, tidak tertahan air mata ini mengalir laju ke pipi.

Saya cuba berbual dan meluahkan beberapa patah perkataan, namun tak dapat diteruskan…

Muhammad Sanusi sekali lagi bertanya kepada Ustaz Azizan, “Ustaz ingat dak?”.

Ustaz Azizan membalas “Ingat”.

Arwah tetap merenung saya dengan kelopak matanya yang kuyu, seakan menggagahi diri untuk berbual.

Tiba-tiba Ustaz Azizan berkata, “Terima kasih” (kerana datang).

Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, saya tidak mampu lagi bertentang mata dengan pemimpin berjiwa besar ini, yang cukup kuat melawan derita ketika itu.

Saya segera meminta diri dan berdiri seketika di luar pintu, cuba menenangkan diri.

Jururawat seolah-olah memahami perasaan saya dan memaklumkan kondisi Ustaz Azizan ketika itu.

Kali kedua saya menziarahi Ustaz Azizan ialah ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melawatnya semasa kunjungannya ke Kedah sempena Multaqa Ulama pada 15 September lalu.

Waktu itu, saya agak panik melihat pelawat dikehendaki memakai pakaian khas dan sarung tangan jika masuk ke bilik.

Disebabkan itu, saya hanya melihat dari luar pintu perbualan dua sahabat itu. Sekali lagi, air mata tidak dapat ditahan, lalu saya beredar dan menanti di ruang legar ICU.

Kali ketiga hajat saya tidak kesampaian.  Saya menelefon isteri Ustaz Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (yang lebih mesra dengan panggilan Tok Puan), memaklumkan untuk hadir melawat.

Sebaik tiba di pintu masuk ICU, saya sekali lagi menelefon Tok Puan memaklumkan sudah tiba, namun jawapan dari Tok Puan amat mengejutkan: “Nak tengok apa Linda; dah tak ada”, sayu tutur katanya.


Sehari sebelum sakit

Saya masih ingat kali terakhir berjumpa Ustaz Azizan sebelum beliau jatuh sakit.

Ketika itu hari mengundi PRU13 (5 Mei 2013). Tepat jam 9 pagi saya sudah berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di mana Ustaz Azizan mengundi.

Puas kami (media) menunggu hingga tengah hari, namun kelibat Ustaz Azizan tidak kelihatan. Saya menekan nombor telefon berkali-kali, tetapi semuanya masuk pesanan suara.

Terdetik di hati seolah-olah ada yang tidak kena, namun pegawai Ustaz Azizan hanya memaklumkan beliau lewat kerana singgah di beberapa lokasi untuk jumpa pengundi.

Saya akur walaupun tahu benar itu bukan stail Ustaz Azizan. Ketika itu, saya antara percaya dengan tidak dengan alasan yang diberi.

Tetapi, demi tugas, saya tetap menunggu hingga jam hampir 1 petang.

Pada masa sama, saya terus menekan nombor telefon hingga akhirnya Ustaz Azizan menjawab panggilan.

Saya bertanya: “Kenapa tak datang mengundi?”.

Ustaz Azizan lantas berkata: “Kurang sihat, demam; kaki pula sakit.”

Mendengar itu, saya menyarankan Ustaz Azizan berehat sahaja dan tidak perlu datang.

Namun Ustaz Azizan pula berkeras suruh kami (media) menunggu dan akan tiba dalam 20 minit.

Tidak sampai hati pula untuk hampakan harapan Ustaz Azizan.

Ketika beliau sampai, saya lihat Ustaz Azizan jalan berdingkit-dingkit, sambil dipimpin setia oleh pembantunya, Shahril Elham.

Wajahnya tetap ceria, walaupun ketika itu jelas sedang menahan kesakitan.

Itulah Ustaz Azizan. Beliau bagaikan lilin, sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

Banyak situasi menunjukkan Ustaz Azizan banyak berkorban, sama ada dalam parti mahupun kerja.

Pada luarannya, nampak Ustaz Azizan seperti tegas dan perongos, tetapi hati beliau lembut dan banyak bertolak-ansur.

Walaupun mengenalinya hanya lima tahun (2008-2013), saya dapat memahami karakter beliau. Ia amat berbeza dengan pemimpin Pas lain, umpama satu dalam sejuta.


Kali pertama

Saya masih ingat waktu awal memulakan tugas di Kedah (2008) iaitu selepas peralihan kuasa. Saya sering kali disuruh ketua untuk dapatkan reaksi Ustaz Azizan bagi isu-isu semasa.

Ketaq perut setiap kali mahu menekan nombor telefon beliau sebab orangnya garang. Demi tugas saya beranikan diri, dapat dua tiga patah pun sudah cukup untuk 'goreng' berita.

Disebabkan terlalu kerap menelefon, suatu hari, pada sidang media di Wisma Darul Aman, Ustaz Azizan bertanya, “Mana satu Linda?”.

Saya ketika itu berada di barisan belakang, terus berkata: “Ya, saya”.

Rakan media di hadapan membuka ruang untuk saya ke depan.

Saya tersengih tak tahu nak kata apa. Azizan dengan wajah serius, bersuara: “Kamu ni, duk telefon saya. Saya marah, kamu telefon lagi. Saya marah lagi, kamu telefon juga. Saya dah tak tau nak marah macam mana lagi”.

Kata-kata itu tak pernah saya lupa kerana sejak itu jugalah hubungan saya dengan arwah semakin baik, dan arwah mula beri kerjasama.

Ada kala, ketika bertanya isu panas, sebelum Ustaz Azizan memberi ulasan, sudah tentu saya kena marah dulu.

Yang bestnya, selepas marah, Allahyarham akan memujuk dengan kata-kata jenaka, bagaikan seorang bapa bercakap dengan anaknya.

Ada juga rakan media yang dihamburi atau ditengking jika cuba dapatkan reaksi Allahyarham melalui telefon.

Dari hari ke hari, saya cuba membina hubungan lebih mesra antara media dan Ustaz Azizan.

Banyak pandangan saya berikan kepada Allahyarham supaya hubungan beliau dengan media menjadi lebih diplomasi dan relaks.

Sejak itu Ustaz Azizan dilihat semakin bersikap terbuka dengan media.

Beliau sebenarnya bukan tidak mesra media pada awalnya, tetapi sebenarnya beliau kecewa kerana banyak kenyataannya di putar belit.

Setiap kali berita Ustaz Azizan terpampang di dada akhbar yang tidak menyenangkan, setiap kali itu juga Allahyarham menghubungi saya untuk memberi kenyataan balas atau sekadar meluahkan perasaan.

Namun sebagai bekas Pengarah Urusan Harakah, Ustaz Azizan akur dan faham dengan pendirian setiap akhbar di negara ini.

Sebab itu, Allahyarham tidak melatah tetapi ambil sikap malas nak layan. Jika Ustaz Azizan berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja, pagi-pagi lagi beliau menghubungi saya untuk bertanya khabar Kedah, apa yang berlaku sepanjang ketiadaan Allahyarham.

Disebabkan itu juga, saya perlu sentiasa alert dengan apa yang berlaku kerana saya tahu Alllahyarham akan hubungi saya bila-bila masa sahaja.

Mungkin Ustaz Azizan mahukan perspektif berbeza satu-satu isu, di mana sebagai orang media, saya telus menceritakan dari semua sudut.


Kaya dengan perumpamaan unik

Paling saya suka sikap Ustaz Azizan yang gemar berjenaka, berseloroh tak kira masa.

Sidang media Allahyarham dinanti-nanti saya dan rakan-rakan media lain. Bukan apa, nak tahu apa pula perumpamaan dicipta pada hari itu.

Sampai ke hari ini, masih terngiang-ngiang riaknya yang bersahaja.

Pernah bila ditanya isu tanah, Allahyarham menjawab: “Nak potong tanah bukan macam potong tepung talam. Ukur-ukur potong. Nak kena sukat, ambil masa”.

Jika bertanya pula isu calon PRU13, jawabnya: “Macam nak tangkap ikan la. Ada masa kita guna jala, pukat, bubu, pancing. Banyak cara.”

Paling tidak dapat saya lupa, perumpamaan ‘Ibarat beruk atas pokok cermai’, yang mengundang ketawa semua yang hadir.

Ustaz Azizan, secara berseloroh, menggambarkan situasi itu kepada Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, yang sering mendesaknya menjelaskan isu-isu semasa.

Balas Ustaz Azizan spontan: “Kamu tahu pepatah Melayu ada kata ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’. Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dia usik kita, kita pun tengok. Jika kita sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payah layan. Jika kita layan sampai bila pun tak habis.”

Itulah antara kenangan yang begitu sentimental buat saya. Pemergiannya ditangisi, kehilangannya dirindui.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin…


Nukilan,
Roslinda Hashim
(Wartawan Kanan, Sinar Harian Utara)


"" Allah Rasulullah""

Sabtu, 28 September 2013

.:Mula Berpijak Di Hutan Konkrit:.

Assalamualaikum, macam mana hari ini ada sedikit ceria atau derita, so kali ni ANA nak kongsi satu cerita dengan pembaca semua. Tanggal 26.8.2013 secara rasminya ANA jadi warga selangor kerana apa? kerananya ANA.. biarlah rahsia huhu.. bukan itu yang nak sembang kat sini. Kisahnya macam mana budak kampung boleh hidup kat kota bersejarah KL ni (kalau sebut selangor dengar tak best hehe)


Hari pertama sampai nak cari tempat keja pergh sesat kot jenuh la nak cari mana tempat tu. Maka mula la tanya pakcik google maps, tu pon puas pusing tak jumpa juga mana tempatnya dan akhir sekali bantuan yang paling ampuh tanya pakcik yang dok kawasan tu la, berkesan sekali tanya terus dapat, dapat nama kawasan jelah belum betul-betul lagi. Untungnya ada ramai kawan ni, amat berguna saat-saat genting macam ni, dengan hanya satu mesej dapat kat mana kawasan dia.. so the moral of the story kawan la dengan sesiapa pon, jangan malu bertanya ok.

Tu kisah sebelum lapor tempat keja, puas pusing cari tempatnaya.. ok esoknya nak pegi keja, agak cuak la kan budak kampung dulu bawak moto pon tak pakai helmet nak masuk bandar ni kan yang kita dengar pelbagai cerita yang boleh membuatkan takut nak keluar rumah. Ok dah banyak pulak melalut ni, Ok gini ceritanya bila dah tahu jalan tu cuma tak mahir ANA bawak la moto tu penuh berhemah dah macam nak ambik lesen L sekali lagi pulak. Dengan kelajuan maksimum moto 60 KM ikut arahan papan tanda tau!! ANA memacu moto dengan penuh berhemah, ok dah dua kali ulang nampak sangat hemahnya nak dijadikan cerita dalam dok berhemah tu boleh pulak terlepas jalan masuk ke tempat keja tu haish, macam panik pon ada gak.. tapi ANA sebagai seorang yang waras berfikir huhu haruslah tidak panik nanti takot benda lain pulak jadinya. Oh untuk pengetahuan korang jalan yang ANA ikut tu sebenarnya jalan khas untuk motor sahaja orang panggil federal highway.

Kalau jumpa sign ni u turn jugak pastikan korang cukup kebal haha

Bila dah terlepas mula la kepala dah pikir macam-macam alamak macam mana nak patah balik ni dah la jalan sehala.. so kat sini ANA nak pesan jangan panik korang teruskan perjalanan juga sebab kalau sesat pon kawasan tu juga haha. Alhamdulilah ANA nampak jalan keluarnya itu ada kisahnya tak leh nak cerita kat sini macam mana boleh dapat jalan semula tu haha..
Ok so moral of the story is, bila korang sesat or terlepas jalan kat kawasan KL ni jangan panik kalut nak cari U turn relax PTPTN kan ado dia buat jalan akan sentiasa ada jalan U turn.

Ok so yang tu lah ANA nak kongsi serba sedikit macam mana mula hidup kat hutan konkrit ni.. well see you in next entry,

Assalamualaikum.

Sebenarnya balik dari keja pon terlepas jalan keluar gak... memang jauh ooo pusing boleh la pusing kat subang tu haha..

"" Allah Rasulullah""

Isnin, 2 September 2013

.:Bakteria Cinta:.

Sudah seminggu aku pulang ke kampung, dalam kepala otak aku ni ada satu benda aku nak berkongsi dengan abang. Hari yang aku tunggu telah tiba hari ni memang menjadi kebiasaan untuk abang pulang ke kampung setiap hujung minggu. Aku tabik spring kat abang aku sebab sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan mesti dia akan balik ziarah mak dengan abah, boleh ka aku jadi seperti abang.

*********

Malam tu usai makan malam dan solat isyak berjemaah aku ajak abang bersembang di luar rumah.

"hah tu ada la tu yang nak digosipkan tu dengan abang di, baru 3 bulan tak jumpa" teriak mak.

aku sengih saja mendengar kata-kata mak.

"em.. best tak belajar kat UTHM?" soal abang sambil membetulkan kerusi.

"best tu best tapi ada masalah sikit la bang tu yang nak cerita kat abang ni" balas aku memulakan bicara.

"ok cerita satu persatu apa yang best apa yang tak bestnya belajar kat situ" pinta abang.

"kalau bab belajar tu ok semua ok pensyarah kawan-kawan semua ok, tapi masalah dia ada sorang mamat ni kawan sekelas adik, hari tu dia mesej adik cakap nak jadi BF adik tu yang adik pening tu" cerita aku serba ringkas.

"huish buta ke apa budak laki tu macam mana boleh minat kat adik pulak, hahaha.."

"eh abang ni ingat orang ni tak laku ke hahaha, dah dah ok sekarang ni macam mana nak jawab kat budak tu haish malas la nak layan." rayu aku minta nasihat.

"haha ok baik sebelum tu biar abang kongsikan satu cerita." abang ku mula serius.

Ini yang aku suka bercerita dengan abang pasti ada cerita, yang akan dikaitan dengan masalah aku.

"adik tahu tak bakteria? ala tak kan tak pernah dengar langsung bakteria? tanya abangku bersungguh.

"ye pernah" jawab aku ringkas. walaupun kali terakhir aku belajar pasal benda alah ni masa tingkatan 5.

"bakteria ni dik dia ada dua jenis ada yang mendatangkan kebaikan kepada badan dan ada yang mendatangkan keburukan kepada badan."

"apa kaitan bakteria dengan masalah adik ni?" soal aku tidak sabar.

"Ishk sabar la potong betul, abang nak cerita ni. er.. kat mana tadi oh. kebaikan dan keburukan bakteria"
"bakteria yang baik akan membantu sistem badan kita, membantu dari segi menyihatkan tubuh badan, bakteria yang jahat akan merosakan tubuh badan kita".

"ishk tak faham la bang cuma cakap dengan bahasa mudah orang faham" rungut aku.

"haha apa la itu pon tak faham, dia gini cinta itu fitrah manusia ianya perlu dikawal tidak boleh ditahan, kenapa abang kata cinta itu seperti bakteria? sebabnya jika ambik bakteria yang baik itu akan menyihatkan tubuh badan kita yogurt adalah salah satu bakteria yang baik untuk sistem badan. tahu tak?"

Aku hanya mampu menggelengkan kepala.

"Cinta itu sentiasa ada dalam diri kita, cumanya bila kita gagal mengawalnya kita akan mula terjebak apa yang dikatakan iaitu berpasangan dengan bukan mahram, buat peringkat adik ni, adik jangan la menghalakan cinta itu kepada manusia halakan cinta itu kepada Allah, Rasul, Ibu dan Ayah percaya jika adik meletakkan cinta itu kepada empat benda ni InsyaAllah adik tidak akan terbuai dengan cinta manusia datanglah Aaron Aziz sekali pon hehe" Ulas abangku bersemangat.

"em.. maksudnya adik kena bagi tau kat budak tu jawapan tidak la ye.. em.. sekarang adik faham apa itu bakteria yang baik dan juga jahat.Cinta itu jika gunakan untuk kebaikkan akan meningkatkan keimanan kita kalau kita gunakan untuk keburukkan ia akan membinasakan kita betul? soal aku kepada abangku

"ye" jawapnya ringkas.

"baiklah abang terima kasih, lepas ni adik akan lebih berhati-hati dalan pergaulan di kampus"..


nota kecik: selamat menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i kepada sahabat yang baru daftar semalam :)

"" Allah Rasulullah""

Sabtu, 27 April 2013

.: Ronaldo dan Messi Sokong Pas:.

Pemain bola sepak terbaik dunia dengan terangnya menunjukkan sokongan terhadap PAS, ketika meraikan jaringan GOL..





Kredit siapa yang pandai edit ini.. terbaiklah korang...
selamat mengundi PRU 13.. mari kita cipta sejarah.

"" Allah Rasulullah""

Isnin, 25 Februari 2013

.:Adab Kepada Al-Quran:.


1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur'an adalah keunggulan yang tertinggi.

2. Al-Qur'an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-

" Bacalah olehmu Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" (Riwayat Muslim)

4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur'an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.

5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur'an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya" (Riwayat Bukhari) " Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya" (Riwayat An- Nasa'i)

6. Adab - adab di dalam membaca Al- Qur'an ialah :-

i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-

" Hiasilah olehmu Al- Qur'an dengan suaramu " (Riwayat Ahmad)




"" Allah Rasulullah""

Sabtu, 23 Februari 2013

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""