Ahad, 20 Oktober 2013

.:Hari Malaysia:.

16 September 1963 sudah tercatit dalam lipatan sejarah MALAYSIA dimana pergabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak serta Singapura. Maka terbentuklah sebuah negara yang dikenali dari dulu hingga sekarang iaitu MALAYSIA. Namun atas alasan tak mampu nak bayar hutang nasi lemak Singapura keluar daripada MALAYSIA (sumpah tipu)

31 Ogos 1957 pulak tarikh kemerdekaan MALAYSIA pada ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu. AKU bukan nak sembang pasai macam mana kemerdekaan tu terbentuk, yang tu hangpa semua dah tau. Belajaq dari darjah satu sampai darjah 12 tak kan la tak tau lagi kan. (sori terloqat kedah )

Ok seperti kita sedia maklum tok (nenek) dan tokwan (datuk) kita dulu hidup zaman penjajah iaitu zaman inggeris dan jepun pastu inggeris balik.

Berdoalah agar kita sentiasa diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian dunia ini

Masa cuti sem hari tu AKU berkesempatan untuk mendengar kisah perit maung tokwan aku hidup masa zaman penjajah, walaupun kampung tokwan aku tu tak diserang Otromen apatah lagi spidermen tapi tokwan AKU kata memang susah hidup zaman tu makan minum susah sebab tu kena bersyukur. em.. AKU pun nganguk tanda setuju.

Ok tu sedikit kisah AKU dengan tokwan AKU. Baik ini yang sebenarnya aku nak kongsi, ramai orang veteran yang aku tau memang marah kat anak muda macam AKU ni. Dia orang selalu cakap macam ni "cuba la korang mencontohi pejuang masa dulu". Ok apa yang aku nak fokuskan adalah MASA DULU.

Sering kali orang veteran mengingatkan kita bahawa kehidupan masa dulu lagi sukar daripada sekarang ni kehidupan sekarang ni banyak dah senang, tapi bagi AKU kehidupan masa sekarang lebih rumit dari dulu kerana kehidupan itu sangat subjektif berbeza zaman berbeza cabaran. Jika dulu kita kata mencapai kemerdekaan itu mendapat tentangan ataupun serangan atau lebih tepat lagi cabaran daripada musuh seperti Komunis dan keganasan Jepun terhadap penduduk kampung.

Namun dizaman ipad ni musuh yang perlu dihadapi oleh kita tidak kelihatan kerana musuh dizaman kini berbentuk idealogi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Idealogi yang sering kali di bawa masuk ke negara kita tidak dapat dikesan oleh radar askar Malaysia apatah lagi nasi kandar.

""Allah Rasulullah""

Ahad, 6 Oktober 2013

.:Kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah:.




KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya

وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله

Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :


وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

kredit Ustaz Zaharuddin.net


notakecik:jika aidilfitri ada 10 malam terakhir aidiladha ada 10 hari terakhir

"" Allah Rasulullah""

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""