Sabtu, 27 April 2013

.: Ronaldo dan Messi Sokong Pas:.

Pemain bola sepak terbaik dunia dengan terangnya menunjukkan sokongan terhadap PAS, ketika meraikan jaringan GOL..





Kredit siapa yang pandai edit ini.. terbaiklah korang...
selamat mengundi PRU 13.. mari kita cipta sejarah.

"" Allah Rasulullah""

Isnin, 25 Februari 2013

.:Adab Kepada Al-Quran:.


1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur'an adalah keunggulan yang tertinggi.

2. Al-Qur'an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-

" Bacalah olehmu Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" (Riwayat Muslim)

4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur'an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.

5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur'an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya" (Riwayat Bukhari) " Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya" (Riwayat An- Nasa'i)

6. Adab - adab di dalam membaca Al- Qur'an ialah :-

i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-

" Hiasilah olehmu Al- Qur'an dengan suaramu " (Riwayat Ahmad)




"" Allah Rasulullah""

Sabtu, 23 Februari 2013

Ahad, 18 November 2012

.:Gambar Keganasan Pengganas Israel:.

 Salah satu sasaran yang telah dibom oleh pesawat zionis hari ini iaitu di Hayyu As-Shujaieyah.


Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah dan Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil memegang jenazah kanak-kanak yang syahid.



Antara gambar yang telah di buang oleh Facebook







Kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan Israel Zionis










Majlis pengebumian jenazah As-Syahid Waleed Al-Abadlah (2 tahun) 


Martyr Haneen Tafesh (10 months.)

selamanya BOIKOT

Untuk mengetahui berita secara terus menerus anda boleh klik pada Page Aqsa Syarif










"" Allah Rasulullah""

Khamis, 15 November 2012

.: Sayang Wawa Sayang:.

Angin mula bertuip seperti mengikut alunan lagu najwa latif AdaMu. Wawa sedang leka membaca buku Cinta Suci Zahrana karangan Habiburrahman baru sahaja di hadiahkan oleh  Zainal abang sulongnya sebagai hadiah hari lahir ke 15 beliau. Zainal memang rapat dengan adik beradiknya dan kerana wawa adalah puteri sulung dalam keluarga mereka Aziz maka dimanja lebih dari saudara yang lain. Hampir separuh koleksi buku Wawa dihadiahkan oleh Zainal.

Sampai muka surat ke 55 Wawa masih teringat kata-kata abangnya....

"Wawa, wawa suka buku kan?" tanya Zainal

"Ye" jawab Wawa tanpa toleh ke arah Zainal.

"abang nak tanya, kat buku kesayangan Wawa tu apa Wawa buat?"  Zainal

"Wawa simpan kat dalam rak, lepas baca wawa kemas balik tak bagi beselerak, kalau buku yang Wawa tak habis baca lagi Wawa letak tepi katil, kalau yang tak ada penanda Wawa akan buatkan penanda buku lepas tu em.. apa lagi ek.. hah! Wawa akan balut semua buku Wawa itu yang penting!" Ujar Wawa dengan penuh semangat.

"Bagus adik, abang ni dah besar kan? dan pandai" sambil zainal mengusap kepala adiknya Wawa.

"Mestila pandai tengok la adik sape.. hihi" Tersengih Wawa memuji diri sendiri.

"Adik" Sambil Zainal melempar jauh pandangannye ke arah pakcik yang sedang menabur baja di sawah bendang.

"Ye.." Wawa merenung abangnya.

"Percayalah adik Allah amat memahami kita, Dia amat menyanyangi kita dik Dia lebih tahu akan diri kita Dik.." Zainal berhenti seketika memandang wajah Wawa.

"Kenapa ni bang??" Tanya Wawa dengan agak kehairanan.

"Adik sekarang ni adik dah form 3 dik.. adik lihat diri adik berada di luar rumah dan orang lalu lalang di depan rumah kita ni dik, Ye memang adik dah pakai tudung tapi dik.. adik pakai baju adik yang masa umur form 1 dik dah macam sarang nangka abang tengok" sedikit senyuman terukir di bibir Zainal.

Lamunannya terhenti.. Ya memang nada abangnya itu seperti bergurau tapi betul apa yang diperkatakan oleh abangnya itu dia dah besar sekarang dan dia mula menanggung dosa dan pahala sendiri. Sekarang dia perlu menjadi seorang muslimah sejati bukan hanya pada i.c.

"Apa kaitan baju adik dengan buku kesayangan adik" Wawa menyoal abangnya setelah memukul manja abangnya.

"Macam ni dik, adik tengok r walaupun semua buku adik balut tapi buku yang paling adik sayang adik akan simpan dalam almari betul? adik tahu,  kalau adik letak kat atas meja macam buku lain nanti Amar  ambik buat kapal terbang dari buku adik tu tengok berapa banyak kapal terbang dah sangkut kat pokok tu" sambil matanya menunjuk kearah pokok ceri yang dipenuhi bangkai kapal terbang kertas buatan Amar adik bongsu mereka.

Sambung Zainal.

"Kaitan buku dan baju adik ialah, Allah menyuruh seorang wanita muslim menutup auratnya dengan sempurna bukan hanya sekadar memakai baju dan berseluar, menutup tidak sama dengan membalut adik menutup lebih terjaga daripada membalut, sebab itu orang panggil menutup aurat bukan membalut aurat dan sebab itu juga adik menjaga buku adik dengan menutupnya dalam almari, supaya lebih terjaga" Sambil tangan kananya memicit hidung adiknya itu

Sampai sekarang Wawa masih memikirkan kata-kata abangnya itu, ya dia sudah besar tidak boleh lagi memakai pakaian yang ketat-ketat, dia kini faham maksud abangnya itu. Zainal sayang kepadanya sebab itu Zainal menyarankan Wawa mengikut IEEE aurat yang sebetulnya. Ya hari ini Wawa bertekad untuk bertemu dengan kak Huda yang pulang bercuti semester lagi pon itulah nama yang dicadangkan oleh Zainal.Kini Wawa lebih faham kenapa Allah menyuruh hambanya menutup aurat, kerana Allah lebih mengetahui daripada hambanya mengenali diri mereka dan lebih sayang kepada hambanya.

"Umi!! umi!!" terdengar suara putera sulongnya Irfan.

"ye sayang" paling wawa ke arah irfan.

"Abi dah tunggu kat kereta, kata nak pergi buka puasa kat masjid dah lambat dah ni" ujar Irfan dengan penuh semangat.

walaupun baru berusia 5 tahun  Irfan tetap bersemangat ikut umi dan juga abinya berpuasa walau sekadar berpuasa sunat.

"Ok umi dah siap dah ni" melirik senyum Wawa kepada mujahid sulongnya itu.

Itulah pesan abang Zainal kepada Wawa 13 tahun yang lalu, Abang Zainal amat menyayangi Wawa, mungkin itu caranya menegur Wawa.

"Jika bukan kerana abang, wawa tidak akan seperti sekarang mempunyai anak cerdas yang soleh, terima kasih abang. Al-Fatihah buat abang, Wawa sangat merindui abang" bermonolog Wawa semasa dalam perjalan ke masjid As-Syakirin.



" Allah Rasulullah""

Ahad, 12 Ogos 2012

.:Amalan Sunat Di Hari Raya:.




Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri.

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Selasa, 31 Julai 2012

.:Wartawan Jepun Masuk Islam:.


Subhanallah, seorang wartawan Jepun nyatakan syahadat di Syria


Isnin, 30 Julai 2012 Syria - Seorang wartawan Jepun masuk Islam di Syria, di depan para pejuang Syria, Subhanallah Allahu Akbar walillahilhamd.

Dalam sebuah video yang diterbitkan di Youtube, menunjukkan seorang lelaki bermata sipit, seorang wartawan Jepun menyatakan dua kalimah syahadat di depan Mujahidin dari batalion Mamduh Julha yang bergerilya di gunung Al-Turkman di sempadan Syria-Turki.

Menurut laporan, ia masuk islam setelah tersentuh melihat sikap baik dari para Mujahidin ketika ia sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.

Dengan terbata-bata ia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" dibimbing oleh seorang mujahid dari brigade tersebut. Kemudian para mujahidin mengucapkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah terlihat gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". Kini ia bernama Musthofa, hamba Allah yang mencari hidayah di bumi para syuhada, Syam.

Pada saat itu, bertepatan pada waktu solat Asar, maka Musthofa langsung diajak untuk solat. Ia diajar berwudhu oleh salah seorang mujahid. Nampak penuh keseriusan saat ia mengikuti tahap-tahap wudhu yang diajarkan. Selalu ada dakwah di sebalik jihad, Allahu Akbar!.

dipetik daripada Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)


""♥ Allah ♥ Rasulullah""

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""