Jumaat, 27 April 2012

.:Meniaga Mesti Untung:.

Satu petang yang tenang setenang air di kali sekilas pandangan ada kucing yang bergurau-gurau manja melintas di hadapan warong Pak Jabit. Warong Pak Jabit sudah seperti dewan parlimen bagi Kampung Serai Seribu ada saja yang ingin dikongsikan bersama dengan pelanggan-pelanggan yang datang untuk membasahkan tekak yang kering di kala petang yang tenang ini. Sudah menjadi tradisi kampung Serai Seribu untuk minum petang berama jiran tetangga di warong Pak Jabit.

Sedang asyik Pak Kassim melayan citer hindustan yang sedang ditayangkan di Tv 8 datang seorang anak muda dengan wajah teramat huduh lagi sedih.. sebatu dah nampak aura sedih anak muda ini, Zaim salah seorang penanam anggur yang berjaya dalam kampung Serai Seribu ini. Walaupun beliau seorang penanam anggur yang berjaya namun beliau tidak sombong dan rajin membantu dalam aktiviti rewang dan seangkatan dengannya tidak seperti pemuda lain yang hanya rajin berewang dengan anak dara orang ja.

Belum sempat Pak Kassim menyapa Zaim beliau terlebih dahulu mengoder teh ais kurang manis air feveret beliau sejak sekolah tadika.

"assalamualaikum Zaim amboi kenapa ni muka monyot ja... hang ni pasaipa sedih ja Pak Kassim tengok ce story sebaris dua Pak Kassim nak dengaq" soal Pak Kassim seusai zaim mengoder minumnya.

"wa'alaikumussam Pak Kassim, saya straight tu da point la Pak Kassim, saya kena tipu Pak Kassim ada member ajak saya masuk pelaburan katanya untuk berniaga jual lintah tapi sampai la ni dia tu pon dah hilang mana ntah. tu yang wat saya sedih tahap gaban ni." Terang Zaim dengan nada sedih macam baru lepas tengok citer Kabhi Kushi Kabhi Gam.

"oh ceng gitu... ha.. minum air ni dulu " pelawa Pak Kassim sambil menghulurkan teh ais Zaim yang baru dihantar ke meja Pak Kassim, tanpa berselindung lagi Pak Kassim pon bersuara dan menceritakan satu perkara yang mungkin kita teralpa dengan kederasan kemajuan alam fana ini.

"Zaim mau dak Pak Kassim nak bagi hang satu jalan perniagaan ni, insyaAllah hang tak kan rasa menyesal tapi akan rasa sangat seronok bila hang taw perniagaan ni la patut hang buat dari dulu satu perniagaan dijamin tak kan rugi"
semua mata terpena dengan apa yang baru saja di katakan oleh Pak Kassim, setahu mereka Pak Kassim hanyalah meniaga keropok ikan di sekolah-sekolah berdekatan bukan nya menjual balak bertan-tan.

"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan(balasan) bahawa mereka beroleh Syurga,(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran,dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang jalankan jual-belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual-beli) (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar" itulah maksud ayat surah At-Taubah ayat ke 111.

Seusai Pak Kassim membacakan masksud ayat daripada surah At-Taubah itu semua yang mendengar tunduk sayu, kerana ayat itulah yang baru sahaja diterangkan dalam kuliah maghrib minggu lepas.

"hang jangan la rasa susah hati ya, ingat apa yang Pak Kassim kata tadi pi balik belek nota kuliah yang ustaz bagi tu, baca dan paham insyaAllah akan memberi kita semangat kepada kita tentang erti hidup" sambung Pak Kassim lagi.

"Baiklah Pak Kassim terima kasih kerana menyedarkan saya, saya dah mula ada semangat balik pasal perniagaan tu tak pa la nak buat macam na kan dah saya tak berilmu pastu saya ni cuma ikut ja cakap kawan, patutnya saya tidak terburu-buru mengejar kekayaan perlu ada ilmu tu yang penting,terima kasih Pak Kassim" Senyum terukir diwajah Zaim.




nota kecik::belek = tengok,selak pon sama ja maksudnya.



""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Rabu, 25 April 2012

Jumaat, 20 April 2012

Isnin, 16 April 2012

.:FlashMob:.

Hari ni nak cerita pasal Flash Mob, apa benda Flash Mob tu ANA pon baru nak cari pa benda la Flash Mob tu.. dia macam mak cik cleaner tu ke pegang mop tu pastu p mop lantai macam tu ke??  Oh bukan sama sekali, dalam pemerhatian ANA dan kajian yang telah dilakukan sejak tengok flash Mob Mata Hitam Keamanan dari tahun 2008 hingga sekarang pergh dah macam nak buat PHD dah, mereka ni akan berkumpul di sesuatu tempat kemudian melakukan perkara seperti menari, berlakon dan ada jugak jadi macam tugu untuk menarik perhatian orang awam yang ada disekitar kawasan tersebut bagi menyampaikan pesanan kepada orang awam atau melahirkan keseronokkan. Dah tak mau coret panjang-panjang dah.. biar video menceritakan segala-galanya...
sahabat leh baca pasal flash mob ni kat wikipedia klik

ini antara flash mob yang terbaik bagi ANA(NYC)

kalau macam ni hanya menarik perhatian dalam diam (MALAYSIA KLCC)


yang ni gabungan tarian dan juga seni pertahanan diri


""♥ Allah ♥ Rasulullah""

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""