Memaparkan catatan dengan label ..coretan... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ..coretan... Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2015

.:Lift Yang Bergerak:.

Assalamualaikum,

Hari tu aku dengan zack ada berdebat pasal teknologi lift yang digunapakai sekarang ni. Zack bermati-matian berhujah mengatakan ada sensor laser macam dalam citer mission impossible. Siap dia cakap

"oh aku tengok kat lift tu ada lubang la untuk detect kaki orang yang lalu kawasan tu, bila orang lalu baru la lift tu mula bergerak turun"

Buat yang tak tahu sekarang zaman 2015 lift dah ada kemajuan untuk tujuan keselamatan, bagi lift untuk turun dia akan mula bergerak bila ada orang nak turun bila tak da orang dia dok diam ja kat situ..

ceh bukan lift la escalator tangga bergerak tu.. dah malas pulak aku nak betulkan perkataan kat atas tu.. tapi tak salah gak ada gak orang panggil menatang tu lift salah satu nya aku lah haha..

ok balik kepada topik asal macam mana lift tu boleh bergerak. ceh lift lagi aku sebut payah la nak tulis escalator ni.. Zack bersugguh-sungguh berpegang dengan hujah dia..

aku pulak berpegang pada hujah escalator tu akan mula bergerak jika ada bebanan pada sensor escalator kat pemijak tu sebelum turun escalator, mesti korang rasa hebat kan sebab aku dah berjaya taip escalator dengan banyak sekali, mau tak senang aku kopi pasta je..

Perbahasan aku dengan Zack jadi masa aku dengan dia tengah makan.. so balik dari makan tu aku cuba melakukan uji kaji hujah aku atau dia yang tepat. So mula mesti la aku pakai hujah aku, berdiri depan escalator tu dan lihat apa yang terjadi disini kita panggil tindak balas bahan uji kaji. Masa aku berdiri tu aku tak berdiri betul kat lubang laser Mission Impossible yang Zack cakap tu.

Tak sampai beberapa saat escalator tu bergera tandanya benda alah tu mula bergera bila ada beban atasnya.. belum sempat aku cakap kat zack "hah tengok kan betul hujah aku"..

Zack terus turun berlari menggunakan tangga sebelah 

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Isnin, 13 April 2015

.: Ketip Yang Dicari:.

"Kak Lin ada ketip tak saya nak satu "
itu lah ayat yang keluar daripada budak opis aku ni,
dan secara spontan aku jawab

"ada"

walaupun soalan itu bukan lah ditujukan kepada aku,
terus aku tanya dia nak yang kecik ke besar?
sebab dengan rak sebelah meja aku ni aku ketip yang kecik je, terus dia cakap ok tak pe kecik pon boleh.
terus aku hulurkan ketip kuku kat dia.

dengan muka yang ada beribu tanda soal dia balas

"eh saya bukan mahukan yang ini.." respon dia dengan dialek indonesia.

"habis mahu yang macam mana saya punya ada kecik je" balas aku sedikit meninggi
aku dah macam panas sikit yela tadi beria nak ketip lepas aku bagi tak nak pulak.

"saya nak yang ni" sambil beliau menghulurkan "ketip" ditangan beliau.

aku pun tengok ketip yang dimaksudkan tu.

"ini bukan ketip ini klip kertas, ketum betul".. jawab aku dengan nada seperti peguam menang kes.

nak ni ha klip kertas bapak besar aku bagi kat dia. Sian dia baru nak kenal klip kertas tu...

Kak Lin yang susah payah mencari ketip tadi pun terus berhenti mencari dan sambung buat kerja akaun sampai habis waktu kerja.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Ahad, 22 Mac 2015

.:Senyum Makcik:.

Hari ni macam biasa aku dengan Zack nak p makan tempat biasa Tomborin, tapi aku suka sebut tomburino.. macam nama novel Ramlee Awang Murshid.

Malam ni aku dah plan nak makan apa iaitu Nasi Putih Telur Bistik, dah lama aku mengidam benda alah ni. Lama kot wei sebab sebelum ni dok ikat perut ja so malam ni aku nak menyempurnakan hajat aku yang dah lama aku mengidam.

Bila Zack bagi ja signal nak masuk simpang, Zack ni bagus betul nak masuk simpang dia bagi signal sampai bila nak masuk simpang umah pon dia bagi signal. Ko ada kawan macm ni? kalau ada bagus contohilah dia bagi signal masa masuk simpang sebab zaman sekarang ni banyak yang sepisis masuk simpang tapi tak bagi signal atau dalam bahasa ibunda dia isyarat nak masuk simpang, sakit hati wei. Hangpa pernah rasa dak bila kita dok tunggu nak masuk main road pastu mamat ni masuk simpang tak bagi signal pergh!! menyirap wei...
dah la aku kita tengah letih dapat plak situasi macam ni kan.

Ok ok balik cerita aku nak makan Nasi Putih Telur Bistik, lepas ja Zack bagi signal nak masuk simpang tu aku dah mula dapat rasa alam gelapan dari arah kedai yang biasa aku makan dengan Zack. Elok sampai ja tempat yang selalu Zack parking moto. Betul telahan aku.. patut la aku rasa gegalapan tutup pulak kedai ni.
Jadi aku ambik keputusan untuk makan kat tempat yang luar kebiasan maksud aku kedai lain.

 Kena pulak malam ni Arsenal Vs Newcastle ok la tu kan dapat gak hiburan masa makan, asyik tengok drama melayu anak orang kawan dengan perempuan yang ditindas pastu kawen... dah malas aku nak cerita drama melayu ni. Elok ja duduk awek datang bawak pen dengan kertas, apa hangpa ingat aku ni awek tak pandang ka? ceh tolong sikit..

Awek tu ambik order, disebabkan malam ni aku makan kat kedai luar biasa aku cancle aku punya niat nak makan teluq bistik tadi. aku tak usha langsung awek tu.. aku ingat pesan ustaz tundukkan padangan mu wahai anak muda... control sikit gelojoh tu.. bukan macho ja kena kontrol tau. Dipendenkan cerita habis makan time nak bayar, tapi game Arsenal tak habis lagi...

Aku pegi kuanter nak bayar apa yang dimakan tadi. sambil member aku nak hulurkan duit makcik kuanter ni pun ambik duit dibalas dengan baki berapa sen ntah aku tak ingat, sebab mata aku masih nak tengok game Arsenal nampak macam terdesak kena serang. Kalau kalah ni boleh aku mesej zubir wei kalah wei.... haha..

Lepas ja selesai pembayaran member aku ngan selamba cakap orang nak bagi duit pun tak semyum. senyum la mak cik kan sedekah tu...

Entah apa benda aku merepek kali hangpa nak baca silakan nak kritik silakan.. aku buat ni hanyalah sebagai catatan aku dok kat negeri orang.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Ahad, 18 Januari 2015

.: Gaduh Punya Hal:.

Kalau dengan pelanggan,
Walaupun kita menang
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau gaduh dengan bos,
Walaupun menang,
Tiada lagi masa depan di tempat tu.

Kalau gaduh dengan keluarga,
Walaupun menang,
Hubungan kekeluargaan akan menjadi renggang.

Kalau gaduh dengan guru,
Walaupun menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau gaduh dengan sesiapun,
Walaupun menang,
Kita tetap kalah.

Jesteru baik jangan bergaduh,
Selalu berbaik sangka InsyaAllah hidup diberkati..


""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Ahad, 20 Oktober 2013

.:Hari Malaysia:.

16 September 1963 sudah tercatit dalam lipatan sejarah MALAYSIA dimana pergabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak serta Singapura. Maka terbentuklah sebuah negara yang dikenali dari dulu hingga sekarang iaitu MALAYSIA. Namun atas alasan tak mampu nak bayar hutang nasi lemak Singapura keluar daripada MALAYSIA (sumpah tipu)

31 Ogos 1957 pulak tarikh kemerdekaan MALAYSIA pada ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu. AKU bukan nak sembang pasai macam mana kemerdekaan tu terbentuk, yang tu hangpa semua dah tau. Belajaq dari darjah satu sampai darjah 12 tak kan la tak tau lagi kan. (sori terloqat kedah )

Ok seperti kita sedia maklum tok (nenek) dan tokwan (datuk) kita dulu hidup zaman penjajah iaitu zaman inggeris dan jepun pastu inggeris balik.

Berdoalah agar kita sentiasa diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian dunia ini

Masa cuti sem hari tu AKU berkesempatan untuk mendengar kisah perit maung tokwan aku hidup masa zaman penjajah, walaupun kampung tokwan aku tu tak diserang Otromen apatah lagi spidermen tapi tokwan AKU kata memang susah hidup zaman tu makan minum susah sebab tu kena bersyukur. em.. AKU pun nganguk tanda setuju.

Ok tu sedikit kisah AKU dengan tokwan AKU. Baik ini yang sebenarnya aku nak kongsi, ramai orang veteran yang aku tau memang marah kat anak muda macam AKU ni. Dia orang selalu cakap macam ni "cuba la korang mencontohi pejuang masa dulu". Ok apa yang aku nak fokuskan adalah MASA DULU.

Sering kali orang veteran mengingatkan kita bahawa kehidupan masa dulu lagi sukar daripada sekarang ni kehidupan sekarang ni banyak dah senang, tapi bagi AKU kehidupan masa sekarang lebih rumit dari dulu kerana kehidupan itu sangat subjektif berbeza zaman berbeza cabaran. Jika dulu kita kata mencapai kemerdekaan itu mendapat tentangan ataupun serangan atau lebih tepat lagi cabaran daripada musuh seperti Komunis dan keganasan Jepun terhadap penduduk kampung.

Namun dizaman ipad ni musuh yang perlu dihadapi oleh kita tidak kelihatan kerana musuh dizaman kini berbentuk idealogi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Idealogi yang sering kali di bawa masuk ke negara kita tidak dapat dikesan oleh radar askar Malaysia apatah lagi nasi kandar.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Sabtu, 28 September 2013

.:Mula Berpijak Di Hutan Konkrit:.

Assalamualaikum, macam mana hari ini ada sedikit ceria atau derita, so kali ni ANA nak kongsi satu cerita dengan pembaca semua. Tanggal 26.8.2013 secara rasminya ANA jadi warga selangor kerana apa? kerananya ANA.. biarlah rahsia huhu.. bukan itu yang nak sembang kat sini. Kisahnya macam mana budak kampung boleh hidup kat kota bersejarah KL ni (kalau sebut selangor dengar tak best hehe)


Hari pertama sampai nak cari tempat keja pergh sesat kot jenuh la nak cari mana tempat tu. Maka mula la tanya pakcik google maps, tu pon puas pusing tak jumpa juga mana tempatnya dan akhir sekali bantuan yang paling ampuh tanya pakcik yang dok kawasan tu la, berkesan sekali tanya terus dapat, dapat nama kawasan jelah belum betul-betul lagi. Untungnya ada ramai kawan ni, amat berguna saat-saat genting macam ni, dengan hanya satu mesej dapat kat mana kawasan dia.. so the moral of the story kawan la dengan sesiapa pon, jangan malu bertanya ok.

Tu kisah sebelum lapor tempat keja, puas pusing cari tempatnaya.. ok esoknya nak pegi keja, agak cuak la kan budak kampung dulu bawak moto pon tak pakai helmet nak masuk bandar ni kan yang kita dengar pelbagai cerita yang boleh membuatkan takut nak keluar rumah. Ok dah banyak pulak melalut ni, Ok gini ceritanya bila dah tahu jalan tu cuma tak mahir ANA bawak la moto tu penuh berhemah dah macam nak ambik lesen L sekali lagi pulak. Dengan kelajuan maksimum moto 60 KM ikut arahan papan tanda tau!! ANA memacu moto dengan penuh berhemah, ok dah dua kali ulang nampak sangat hemahnya nak dijadikan cerita dalam dok berhemah tu boleh pulak terlepas jalan masuk ke tempat keja tu haish, macam panik pon ada gak.. tapi ANA sebagai seorang yang waras berfikir huhu haruslah tidak panik nanti takot benda lain pulak jadinya. Oh untuk pengetahuan korang jalan yang ANA ikut tu sebenarnya jalan khas untuk motor sahaja orang panggil federal highway.

Kalau jumpa sign ni u turn jugak pastikan korang cukup kebal haha

Bila dah terlepas mula la kepala dah pikir macam-macam alamak macam mana nak patah balik ni dah la jalan sehala.. so kat sini ANA nak pesan jangan panik korang teruskan perjalanan juga sebab kalau sesat pon kawasan tu juga haha. Alhamdulilah ANA nampak jalan keluarnya itu ada kisahnya tak leh nak cerita kat sini macam mana boleh dapat jalan semula tu haha..
Ok so moral of the story is, bila korang sesat or terlepas jalan kat kawasan KL ni jangan panik kalut nak cari U turn relax PTPTN kan ado dia buat jalan akan sentiasa ada jalan U turn.

Ok so yang tu lah ANA nak kongsi serba sedikit macam mana mula hidup kat hutan konkrit ni.. well see you in next entry,

Assalamualaikum.

Sebenarnya balik dari keja pon terlepas jalan keluar gak... memang jauh ooo pusing boleh la pusing kat subang tu haha..

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Jumaat, 27 Julai 2012

.:Why I'm Fasting:.

Tahun ni 1433 hijrah Alhamdulilah masih sempat lagi kita bersua lagi dengan bulan yang mulia ini antara bulan mulia yang lain.

Bulan Ramadhan umum semua dah mengetahui bulan ni semua umat islam akan menunaikan ibadah puasa. Umat islam seluruh dunia akan bersuka ria, berpesta melakukan ibadat, ada yang menggelarkan bulan ramadan sebagai pesta ibadah kerana segala amal ibadah akan digandakan.

Bagi yang tak tau lagi ni nak bagi tau dalam islam ada 12 bulan iaitu:

1.Muharram
2.Safar
3.Rabiulawal
4.Rabiulakhir
5.Jumadilawal
6.Jumadilakhir
7.Rejab
8.Syaaban
9.Ramadhan
10.Syawal
11.Zulkaedah
12.Zulhijjah

umat islam berpuasa pada bulan RAMADHAN iaitu bulan ke 9 dalam kalendar islam. untuk kawan-kawan yang islam bila orang tanya hangpa sebab pa hangpa posa. hangpa nak jawab macam mana?? tudia jenuh nak pikiaq (sori kedah pekat). ok la ni nak kongsi sikit macam mana kita nak jawab soalan tu (back to bahasa baku).

kalau adik-adik kita yang tanya.
ADIK:     abang abang apasal ite kene osa??

ABANG:  adik kita posa ni sebab Allah suruh kita posa, supaya Allah sayang ke kita, supaya kita lebih faham macam mana orang hidup susah. adik suka tak kalau ada orang sayang adik.

ADIK:     suke suke (sambil lompat keriangan)

ABANG:  macam tu juga Allah, Allah akan suka kalau adik puasa.

ADIK:     jom!! (senyum sambil memimpin tangan abang ajak g bazar nak beli ayam goreng.)

kalau kawan-kawan kita tanya.
MAEL: wei aku tak nak tanya ko satu soalan, kenapa Allah suruh kita puasa ek? aku dulu malas ngaji sikit (dengan muka jujur yang dahagakan ilmu).

ISMAIL:  senang ja ko jangan pening kepala, kenapa Allah suruh kita puasa yang penting ko percaya kepada firman Allah yang suruh kita ni puasa seperti mana umat terdahulu supaya kita ni bertaqwa. bila ko dah percaya ni ko dah mengiyakan rukun iman ketiga iaitu percaya kepada kitab.


MAEL: oh macam tu.

ISMAIL: jadi ko pon kena la tutup aurat dengan sempurna jangan dok pakai seluar pendek keluar g bazar. sebab tutup aurat pon Allah suruh.


MAEL: ye ye (sambil senyum kerang)

kalau kawan-kawan kita yang belum muslim tanya.
RONALDO: maaf ya aku nak tanya sikit kenapa ya, orang islam berpuasa?

AHMAD: ok ya macam ni untuk memudahkan ko faham aku akan bagi tau melalui kesihatan atau sains, menurut kajian sains apabila kita berpuasa kita bukannya menyeksa badan kita tapi sebenarnya kita sedang merawat badan kita, selama 11 bulan menggunakan perut kita tanpa henti kecuali waktu tidur, sentiasa kita memasukkan makanan dalam perut kita jadi, Ramadhan sebagai bulan puasa disuruh umat islam berpuasa, untuk merehatkan perut itu dari segi kesihatannya. Allah yang menciptakan kita dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk badan kita.


RONALDO: oh macam tu tapi kalau dari segi agama kamu pula?


AHMAD: jika dari sudut agama pula, mudah sahaja jawapannya kami sebagai muslim patuh kepada perintah Allah. (sambil melemparkan senyuman manis)


perbualan diatas telah dialah bahasa terimakaseh




""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Isnin, 16 April 2012

.:FlashMob:.

Hari ni nak cerita pasal Flash Mob, apa benda Flash Mob tu ANA pon baru nak cari pa benda la Flash Mob tu.. dia macam mak cik cleaner tu ke pegang mop tu pastu p mop lantai macam tu ke??  Oh bukan sama sekali, dalam pemerhatian ANA dan kajian yang telah dilakukan sejak tengok flash Mob Mata Hitam Keamanan dari tahun 2008 hingga sekarang pergh dah macam nak buat PHD dah, mereka ni akan berkumpul di sesuatu tempat kemudian melakukan perkara seperti menari, berlakon dan ada jugak jadi macam tugu untuk menarik perhatian orang awam yang ada disekitar kawasan tersebut bagi menyampaikan pesanan kepada orang awam atau melahirkan keseronokkan. Dah tak mau coret panjang-panjang dah.. biar video menceritakan segala-galanya...
sahabat leh baca pasal flash mob ni kat wikipedia klik

ini antara flash mob yang terbaik bagi ANA(NYC)

kalau macam ni hanya menarik perhatian dalam diam (MALAYSIA KLCC)


yang ni gabungan tarian dan juga seni pertahanan diri


""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Selasa, 28 Februari 2012

.:Kenangan Ketika Membesar:.

Pada suatu malam burung-burung pun berkicauan (nampak benar nipunya mana burung keluar malam berkicauan), burung pon taw balik sarang dia kalau dah nak maghrib ni manusia pulak yang tak reti nak balik umah time-time dah maghrib macam ni....

Teringat ANA waktu kecik-kecik dulu time tu ANA selalu dok wat muka ayu kat abah ANA kot-kot dapat pakai jam Boy London. Ayat yang selalu ANA pakai bila sampai kat depan umah pastu lampu luar dah pasang maksudnya dah malam la tu,

Abah: hah ni pasai pa balik lewat ni tak sedaq ka malam dah ni lembu pon taw balik kandang ni pasaipa  lambat??!!!!!!                                                                                 
ANA: ala abah tak sedaq la dah lewat tak dak jam la mana la ceq taw kata dah lewat. (ayat disusun  sempoi dengan harapan lepas ni abah belikan  ANA jam Boy London)           
Abah: Hah dia la ni nampak (sambil mengangkat rotan yang sedia untuk dilancarkan ke betis kering  ANA) p mandi nu!!!

HAH... tu la kenangan yang seingat ANA la time nak mintak abah tolong belikan jam tangan time tu sapa yang lahir tahun 1980-an memang r mengidamkan jam Boy london tu, sebenarnya bukan sebab nak pakai jam sangat pon tapi syok tengok jam tu boleh tukar-tukar kaler tu je... kalau ada jam tapi perangai tak berubah balik umah lambat jugak kih kih kih kih.........


Coretan ini di buat khas untuk segmen yang di anjurkan oleh Gadis Blogger, setelah sekian lama ANA tak coret Gadis Blogger telah memberi idea untuk ANA mencoret... TQ

Ok ANA tag ... Halyda, FarahNana ngan Wanni

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Isnin, 2 Januari 2012

.:Fibox Gantikan Shoutmix:.

Seperti yang kita tahu semua Shoutmix telah menghentikan perkhidmatan chat nya (untuk yang free saja) jadi kat sini ANA nak kongsi dengan semua orang yang masih mencari chat box bagi menggantikan shoutmix to.. so sahabat semua boleh pergi kat sini klik Fibox. walaupun baru dalam peringkat beta tapi bagi ANA ianya dapat membantu untuk kita bersama-sama bersiar-siar di blog kawan-kawan blogger yang lain. so selamat mencuba.. Setakan ini sahaja yang ANA dapat kongsikan kepada sahabat semua..




""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Isnin, 26 Disember 2011

.:Ceq Blogger Utaqa:.

Assalamualaikum, berkat kesabaran dok berBW sambil nek kereta BMW wow BMW ok la straight to da point kat sini ANA nak kongsikan perihal diri ANA sebab nak masukkan nama ANA yang terkenal dimata sendiri di dalam list blogger utaqa. Yang di usahakan oleh cik GKSB

ANA asal dari negeri jelapang padi KEdaH Darul Peace.Pastu dok  SP er.. apa lagi ek nak kongsi yang je kot.. rasanya dah cukup syarat...

Suka tengok boboiboy hehe.. (perlu ka bagi taw)



 ""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Sabtu, 17 Disember 2011

.:Pelajar Tajaan Petronas Berkahwin:.

Ada apa dengan melayu?? is nothing wah wah laser nye, entry kali ni ANA nak kongsi dengan sahabat semua mengenai satu kisah yang agak panaz. citer dia bermula macam ni.

Satu pagi yang dingin usai bermain badminton yang menyaksikkan ANA berjaya mengalahkan Hafiz Kamsah dengan straigh game 21-9,21-18 kita orang lepak kat kedai mamak 25 jam ntah macam na dia dapat ilham nak letak 25 jam tu pun ANA tak pasti. Menurut member ANA yang kaya ngan mitosnya dia kata 1 jam lagi dia dapat kat demensi lain hahaha macam-macam hal.

Tengah baik-baik sembang pastu member ANA buka citer pasal satu budak ni katanya dah berkahwin, bila ANA dah berkahwin tu kira ok la kan apa nak kisah sangat berkahwin kira normal la kan bila dah berkahwin ni, tapi ya ada tapinya yang tak normal tu dia kawen ngan laki dia tu laki kawen ngan laki konfom-konfom la tak normal kan.

Bila dah dengar macam tu apa lagi masing-masing buka bluetooth la nak dapat informasi ni haha. pastu ada la lagi kita orang bercerita sampai rasa dah tak da cerita lagi nak cerita.

Balik ja dari tempat kedai mamak tu ANA buka la dashboard em memang ada blogger ngah wat citer pasal benda ni.siap ada gambar lagi tu yang tak leh blah ni. Kat sini ANA lampirkan gambar budak tu kawen ngan mat saleh kat sana nu. Yang bestnya tu family dia wat report kata dia hilang kat sana memang la betul hilang hilang dalam dunia ..... hilang dalam identiti sebagai seorang muslim.


Siap pakai baju melayu lagi tu, pada pendapat sahabat semua apa kes ni ada lagi 2,3 keping gambar tapi tak sesuai la nak upload kat blog ANA yang suci ni..Apa yang nak dibanggakan dengan Melayu itula yang ANA katakan pada mula tadi, apa yang nak dibanggakan dengan melayu jika hilang islam dari dirinya tidak ubah seperti mat saleh yang dok peluk budak ni.

ANA tak nak tulis entry pasal budak ni sahabat cari la kat pak cik google nu.

""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Khamis, 15 Disember 2011

.:Oley:.

Dewasa kini kita sering medengar orang sembang di kedai kopi, di FB di kedai dobi  apa pandagan korang tentang ni? masa ANA dok ziarah blog ke blog (ingat rumah je ke boleh ziarah) sahabat kita ada juga ANA jumpa pasal blogger sentuh bab hudud ni, tapi bukan dia terus menyentuh bab ni tapi dia lebih kepada komen daripada satu video yang di upload kat youtube nama dia sembang rakyat musim hudud terus terang ANA katakan memang meyampah dengan setiap kenyataan yang di keluarkan. Apa yang dikatakan dalam video tu la.(bukan menyampah ngan blogger tu) kang tak pasal-pasal tak ada orang nak melawat blog ANA lagi.

ANA tak akan rasa apa-apa kalau dia dok kata kat pemimpin pembangkang (boleh sabar lagi) tapi bila dia ngata kan hukum yang ALLAH tetapkan yang ada nas dalam al-quran itu menunjukkan betapa jahilnya dia. moga diberikan taufik la.Video yang ANA kongsi ni boleh di anggap sebagai membalas video yang dibuat oleh geng sembang rakyat. penerangan secara santai dan bersahaja, tak da pon nak kata sapa-sapa.

penampilan istimewa matlutfi

Kita semua dah boleh pikir siapa yang benar siapa yang salah.


banyak video dia yang best 


""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

.:Kelebihan Hari Jumaat:.

Assalamualaikum, kali ni ANA nak berkongsi dengan korang semua kelebihan hari jumaat, kita sering kali terlupa akan kelebihan yang telah ALLAH berikan pada kita, kita sering mengejar kelebihan-kelebihan yang jauh-jauh tetapi yang paling hampir dengan kita tidak pula kita rebutkan. Moga kita dijauhkan dengan sifat pelupa akan nikmat ALLAH jadikanlah kita sebagai hamba yang sering kali memperingati akan pemberi nikmat insyaAllah.

perkara pertama mengenal ALLAH adalah mengenal diri sendiri


""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Isnin, 28 November 2011

.:Generasiku:.

Di saat mentari masih belum menampak wajahnya,
Di saat ayam masih tidur-tidur ayam,
Di saat pak guard dok layang game pin ball untuk mengisi kotak kebosanan tahap gaban. ANA ingin berkongsi dengan pembaca penyibuk semua (ada ke?).

Sedang ANA dok pikir apa la nak dicoretkan kali ni dah bersawang dah blog ni bertepatan sangat dengan nama dia dalam bahasa melayu laman sesawang.ANA pon melakukan perjalanan maya menjelajah ke seluruh dunia melihat keindahan dunia ciptaan manusia yang mula di dilahir kan lewat 1980 dan mula di teroka sekitar 1960 (TQ pak su wiki).

Banyak memang banyak benda yang sebelum ni  kita tak kan tahu jika tak tahu, yelakan mana mungkin benda yang kita tahu tu, tak tahu mesti la kita tahu kalau kita tak tahu maksudnya benda tu kita tak tahu la kan.
(ok agak serabut)

Dalam dok pikir nak coret apa kat kat sini ANA pon membawa tetikus (sebut mouse lagi selesakan?) ke google search dan mengetuk papan luncur kekunci dan taip O@G dan keluarlah lagu generasiku fuhh lama gila r tak dengar lagu ni. sekali bila dah masuk dalam bilik you tube ni ada la tengok-tengok komen kat bawah vid, pastu ada jumpa satu komen pasal O@G tiru lagu orang OMD(oh mak datuk) apasal ni.

Kita tak leh cepat mengelabah, sebab jika kita terdengar sesuatu berita itu maka hendaklah kita siasat kebenaranya, supaya tidak terjadi sesuatu perkara yang akan menyusahkan orang lain. (ini ada dalil tapi ANA tak ingat surah mana). Bila ANA memulakan operasi menyelamat mencari pastu jumpa la apa yang dikata memang ada orang ambik lagu O@G dan nyanyikan semula, sebenarnya kumpulan tu yang ambil daripada O@G sebabnya kumpulan budak lagi ada kat disney channel asia nama dia waktu rehat.

ANA sempat la layang 12 bukan 12 episode tapi 1,2 episod ok la dari segi apa yang ANA dapat tafsirkan konsep dia muzikal macam high school musical ok la fun jugak tak dak la bosan sangat.(oh sebenarnya apa yang ANA nak kongsi ni.)

Kat sini ANA nak kongsikan dua genarasi menyanyikan satu lagu pergh!!! memang kena la dengan tajuk lagu dia GENERASIKU dari zaman yang berbeza bukan macam zaman batu ngan  melinium tu zaman 2000 ngan 2011 itu maksud ANA. Ok lah korang layang la ni ye...

ini daripada O@G 

dan ini pula versi waktu rehat

Kat sini ANA ingin mengingatkan kepada diri sendiri dan korang semua, Khalifah Umar Al-Khatab pernah berkata "jika kamu mahu melihat masa depan negara,dunia kamu maka lihat lah pada generasi muda pada zaman kamu" so kawan-kawan apa yang sering kita lihat di dada akhbar begitukah masa depan negara kita pada masa akan datang, ANA tinggalkan persoaalan ini untuk kita sama-sama fikir.

nota kecik::ngah layang yuna inspired :)


""Cintai Allah Cintai Rasulullah""


Khamis, 3 November 2011

.:Islam Dihina Part II:.

Setakat entry ini di tulis google tidak lagi mentranslet kan apa yang tidak sepatutnya.. Alhamdulilah kerana usaha kita berjaya diharapkan selepas ini tiada lagi kejadian seperti ini berulang lagi.

Bagi sesiapa yang baru menjengah ke blog ANA ni mesti enta tertanya-tanya terpinga-pinga wei budak ni dok sembang pasai apa ni hah! kes MU kena belasah ke? bagi keterangan lanjut sila klik kat sini islam di hina

nota kecik:: tak sabar nak g beraya kat Kelantang, next entry ops i fall in love... :)


""Cintai Allah Cintai Rasulullah""


Selasa, 1 November 2011

.:Islam Di Hina:.


cara:
1) buka Google Translate
2) pilih untuk terjemahan 'English' to 'Malay'
3) masukan perkataan 'myQuran' lihat terjemahannya apa?
4) cuba pilih perkataan lain.. contoh.. mySelipar / myBaju / myCar atau sebagainya...
ia tak dapat diterjemahkan dari 'English' to 'Malay' 
Jika di CapsLock (Huruf Besar) Perkataan "MYQURAN" Akan Keluar Juga Perkataan "syaithan"..
Mohon Semua Offensive Juga Ya.. Terima Kasih..


Adakah ia suatu kebetulan atau kesilapan?

"kat translation tu ada tanda rate the translation..cukup 1000 org report offensive nanti dia buang"

TOLONG RATE OFFENSIVE PERKATAAN INI!

cara:
1) pergi ke tanda ✔ di hujung terjemahan, klik
2) menu akan terpapar. klik OFFENSIVE

semoga usaha yg tak seberapa ini membantu menyelamatkan Islam dari terus dihina. amiin...
tolong sebarkan. sekian, syukran
-------
Semakin hari umat Islam di hina namun sejauh mana kita cintakan Islam adakah sekadar pergi HIMPUN atau sekadar memakai baju I Luv Islam. Sedarlah wahai umat Islam kita sebenarnya telah hanyut dengan corak permainan mereka yang sememangnya benci dengan Islam. Mereka tidak akan berasa puas selagi mana kita tidak akan mengikut kehenda mereka.

Mereka tidak akan membiarkan kita ikut cara hidup mereka kerana sebenarnya cara hidup mereka jauh lebih baik dari cara hidup kita. Mereka mahu kita semua ikut cara permainan yang telah mereka atur kan untuk menjahanamkan umat Islam.

"AllahuAkbar!!!!!

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
nota kecik:: ANA tak beli KFC dan McD serta seangkatan dengan nya..... :)

Isnin, 19 September 2011

.:Selamat Datang:.

Assalamualaikum.. Selamat Datang ANA ucapkan kepada ente-ente dan ente yang bakal/sudah masuk ke alam universiti. Alam Universiti bukan seindah dalam cerita Kuch Kuch  Hotak Hang atau dalam bahasa saintifiknya Kuch Kuch Hota Hai. Belari-lari bernyanyi-nyanyi wah seronoknya dunia.



Tapi sayang itu semua ilusi dalam filem yang menyebabkan ANA terpaksa guna tisu sebanyak 18 kotak.Walaupun ANA baru saja menjengah ke tahun kedua pengajian namun apa yang ada ANA ingin kongsikan bersama dengan ente semoga menjadi panduan serta ilmu yang berguna untuk kita kongsi bersama.

Apa yang ingin ANA tekankan jangan sesekali takut dengan pensyarah,cuba beranikan diri untuk dekatkan diri dengan mereka, kita sering kali dimomokkan dengan setiap pensyarah yang mengajar di universiti ini garang dan tidak mahu memberi perhatian kepada pelajarnya. Itu adalah satu tanggapan yang salah memang ada juga sesetengah pensyarah yang sebegitu namun itu hanya segelintir (mampus kalau ada lecture ANA yang baca ni).Namun sebahagiannya boleh kita jadikan teman untuk berbincang kena pandai la bodek pensyarah (bukan bodek nak dapat A ok) bodek dalam erti kata mengeratkan silaturahim kerana silaturahim ini salah satu pintu rezeki.


Ada juga sedikit pesanan daripada ANA yang hina ini kepada yang diluar sana jagalah pergaulan semasa berada di dalam kampus atau di luar kampus, jangan terlalu seronok kerana boleh pakai pakaian yang bebas (bagi yang diploma) kerana dah tak perlu pakai baju putih seluar hijau lagi. Pakai lah pakaian yang jenis apa pun tapi jangan sampai menampakkan aurat.

Terakhir dari ANA selamat berjuang menempuhi cabaran.. Bagi yang akan melanjutkan pelajaran di UTHM nantikan program KISS terbaik...

nota kecik:: walaupun dah 2 minggu pelajar baru masuk tapi nak gak tulis entry ni, so entry ni khas untuk pelajar second intake la, untung la ente tek kena orentasi :)

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Rabu, 14 September 2011

.:Papan Kekunci Cuti #3:.








nota kecik::peng"update"tan tidak dapat dilakukan secara konsisten kerana mengalami kerosakan laptop T_T.

 ""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Ahad, 4 September 2011

.:Ziarah Menziarah Amalan Mulia:.

Wah wah seyum lebar nampak, ente semua dapat berapa banyak duit raya hah!!  RM 0.50 ?? Ok la tu ada jugak orang yang teringatkan ente. Berkat tu -berkat, Yela kan berapa pun nilai dia tak kira la kan anggap je tu rezeki kita kalau ada sampai 200 tu alhamdulilah leh la simpan untuk belanja sek@Uni@Kolej dan sewaktu dengannya.

Ente mesti pernah kan pergi beraya sekali ngan mak abah kan kalau tak pernah (nampak benor nipunya) mesti ada kan mak sedara pak sedara cakap.... (ente sambung la sendiri) sebenarnya ANA dah xda idea aduyai banyak makan tepung.





""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""