Memaparkan catatan dengan label ..pengembaraan... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ..pengembaraan... Papar semua catatan

Sabtu, 28 September 2013

.:Mula Berpijak Di Hutan Konkrit:.

Assalamualaikum, macam mana hari ini ada sedikit ceria atau derita, so kali ni ANA nak kongsi satu cerita dengan pembaca semua. Tanggal 26.8.2013 secara rasminya ANA jadi warga selangor kerana apa? kerananya ANA.. biarlah rahsia huhu.. bukan itu yang nak sembang kat sini. Kisahnya macam mana budak kampung boleh hidup kat kota bersejarah KL ni (kalau sebut selangor dengar tak best hehe)


Hari pertama sampai nak cari tempat keja pergh sesat kot jenuh la nak cari mana tempat tu. Maka mula la tanya pakcik google maps, tu pon puas pusing tak jumpa juga mana tempatnya dan akhir sekali bantuan yang paling ampuh tanya pakcik yang dok kawasan tu la, berkesan sekali tanya terus dapat, dapat nama kawasan jelah belum betul-betul lagi. Untungnya ada ramai kawan ni, amat berguna saat-saat genting macam ni, dengan hanya satu mesej dapat kat mana kawasan dia.. so the moral of the story kawan la dengan sesiapa pon, jangan malu bertanya ok.

Tu kisah sebelum lapor tempat keja, puas pusing cari tempatnaya.. ok esoknya nak pegi keja, agak cuak la kan budak kampung dulu bawak moto pon tak pakai helmet nak masuk bandar ni kan yang kita dengar pelbagai cerita yang boleh membuatkan takut nak keluar rumah. Ok dah banyak pulak melalut ni, Ok gini ceritanya bila dah tahu jalan tu cuma tak mahir ANA bawak la moto tu penuh berhemah dah macam nak ambik lesen L sekali lagi pulak. Dengan kelajuan maksimum moto 60 KM ikut arahan papan tanda tau!! ANA memacu moto dengan penuh berhemah, ok dah dua kali ulang nampak sangat hemahnya nak dijadikan cerita dalam dok berhemah tu boleh pulak terlepas jalan masuk ke tempat keja tu haish, macam panik pon ada gak.. tapi ANA sebagai seorang yang waras berfikir huhu haruslah tidak panik nanti takot benda lain pulak jadinya. Oh untuk pengetahuan korang jalan yang ANA ikut tu sebenarnya jalan khas untuk motor sahaja orang panggil federal highway.

Kalau jumpa sign ni u turn jugak pastikan korang cukup kebal haha

Bila dah terlepas mula la kepala dah pikir macam-macam alamak macam mana nak patah balik ni dah la jalan sehala.. so kat sini ANA nak pesan jangan panik korang teruskan perjalanan juga sebab kalau sesat pon kawasan tu juga haha. Alhamdulilah ANA nampak jalan keluarnya itu ada kisahnya tak leh nak cerita kat sini macam mana boleh dapat jalan semula tu haha..
Ok so moral of the story is, bila korang sesat or terlepas jalan kat kawasan KL ni jangan panik kalut nak cari U turn relax PTPTN kan ado dia buat jalan akan sentiasa ada jalan U turn.

Ok so yang tu lah ANA nak kongsi serba sedikit macam mana mula hidup kat hutan konkrit ni.. well see you in next entry,

Assalamualaikum.

Sebenarnya balik dari keja pon terlepas jalan keluar gak... memang jauh ooo pusing boleh la pusing kat subang tu haha..

"" Allah Rasulullah""

Sabtu, 12 Mei 2012

::Osaka City::

Selalu kita tengok jam yang paling canggih pon waktu dia pakai led kan, kali ni ANA nak kongsi satu jam yang amat menarik yang mengakibatkan ANA terlopong sehingga lalat pon nak masuk huh dasyat punya lopong.. ok abaikan mitos tu. baik sekarang ANA mempersembahkan water jam (ANA sendiri yang menggelarkannya water jam) dari osaka city.. benda alah ni bukan hanya menunjukkan waktu berbuka puasa malah ada juga corak batik bunga yang best dan dia tersangat lah cool....


Kat bawah ni ANA ada pakingkan beberapa gambar untuk korang yang nak tengok osaka city tu macam na rupa bentuk dia, dia ada dua gate south and north.




nota kecik:: hebat ciptaan manusia hebat lagi pencipta manusia... :)

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Khamis, 8 September 2011

.:Perjalanan Craig Antweiler:.

SIFAT ramah Craig Antweiler membuatkan anak muda ini senang didekati. Walaupun baru kali pertama menjejakkan kaki ke pejabat Utusan Malaysia, dalam sekejap masa dia mudah mendapat kawan dan tidak kekok berbual dengan sesiapa yang menyapa.
Bagi yang baru mengenali pemuda mat salih ini pasti akan menyapanya dalam bahasa Inggeris, namun jangan terkejut apabila dengan selamba sapaan itu dibalas dalam bahasa Melayu.

Craig, 21, yang berasal dari Cologne, Jerman, sememangnya fasih dan lebih selesa berbahasa Melayu.
Anak muda yang murah senyuman ini tiba di Malaysia pada 20 Ogos lalu, yang merupakan destinasi terakhirnya dalam pengembaraan melalui jalan darat secara hitch-hiking.

Dia pulang semula ke negara kelahirannya itu pada 25 Ogos.Dalam pengembaraan yang bermula 26 Julai lalu yang turut disertai oleh adik lelakinya, Dario Antweiler, 17, mereka menaiki pesawat dari Cologne ke Turki.Projek persendirian yang dinamakan sebagai Projek Barat ke Timur itu merupakan cetusan idea Craig sendiri yang sememangnya mempunyai hobi mengembara.

Dari Turki mereka meneruskan perjalanan dengan menumpang kenderaan atau hitch-hike seperti kereta, bas, lori, traktor, bot dan apa juga kenderaan hingga tiba di beberapa buah negara termasuk Kurdistan, Iraq, Iran, India, Thailand dan akhirnya Malaysia.Lebih 80 buah kenderaan telah ditumpangi untuk sampai ke Malaysia dalam tempoh 25 hari.Bagaimanapun, Dario tidak menyertai Craig ke Malaysia sebaliknya berlepas pulang dari India kerana penggal persekolahannya hampir bermula.

Berbekalkan wang sebanyak 100 euro (RM500), menurut Craig, mereka amat berjimat cermat dengan menggunakannya hanya bagi membeli makanan dan tiket melawat muzium.Pun begitu katanya, mereka beruntung kerana makan mereka banyak dibelanja orang.Beg galas seberat enam kilogram hanya diisi dengan sebuah periuk kecil, sehelai seluar yang boleh dipanjang dan dipendekkan, tiga helai kemeja-T, kadbod untuk menulis arah dan ubat-ubatan.

Craig adalah penghidap kencing manis sejak berumur 11 tahun dan perlu mengambil suntikan insulin lima kali sehari.Mereka menumpang tidur di rumah kawan-kawan yang dikenali melalui Internet atau mengikat hammock (buaian) pada pokok di taman atau tiang.Pelajar kursus matematik dan media sains di Universiti Leipzig, Jerman ini sebenarnya kali pertama menjejakkan ke Malaysia pada tahun 2007 semasa berumur 16 tahun.

Ketika itu dia mengikuti program pertukaran pelajar American Field Services (AFS) yang merupakan organisasi pertukaran pelajar bagi pertukaran budaya terbesar selepas Perang Dunia Kedua.Di Malaysia, Craig tinggal bersama keluarga ibu angkatnya, Aliza Taher di Bukit Jelutong, Shah Alam, selama setahun dan bersekolah dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Bukit Jelutong.

Dari situ Craig belajar bertutur dalam bahasa Melayu malah mata pelajaran yang diikuti di sekolah juga dalam bahasa Melayu.Apa yang membanggakan, Craig lulus semua peperiksaan termasuk Bahasa Melayu dan dipilih sebagai pengawas.Selepas tahun 2007, setiap tahun dia datang ke Malaysia kerana rindukan ibu, bapa dan adik beradik angkatnya.

''Tidak susah hendak menyesuaikan diri kerana saya sudah biasa melawat Asia Tenggara bersama-sama keluarga,'' kata anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan profesor antropologi dan guru komputer yang suka melancong itu.Menurut Craig, kecintaannya pada negara ini boleh dikatakan seperti separuh hatinya untuk Malaysia dan separuh lagi untuk Jerman.

Bercerita mengenai pengalamannya merantau ke negara orang melalui jalan darat, penggemar nasi lemak, sate dan durian itu berkata, pengalaman paling menakutkan ialah kejadian di Turki apabila pemandu lori yang ditumpangi menurunkan dia dan adiknya di tengah-tengah padang pasir.

''Kawasan sekeliling gelap, tiada lampu dan tiada orang yang kelihatan. Walaupun rasa takut kami teruskan juga perjalanan. Setengah jam kemudian sebuah lori lalu dan menumpangkan kami.''Satu lagi pengalaman yang boleh dikatakan menakutkan ialah apabila tiba di sempadan antara Turki dan Iran.

"Di sana kerana pengembaraan secara hitch-hiking bukan perkara biasa dan mereka sukar hendak menumpangkan orang,'' kata Craig yang berbangga kerana berjaya menamatkan perjalanan sejauh 7,000 kilometer.

nota kecik::contoh terbaik jelajah dunia dengan penuh jimat. nak jugak la wat macam ni.
""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""