Subhanallah, seorang wartawan Jepun nyatakan syahadat di Syria
Isnin, 30 Julai 2012 Syria - Seorang wartawan Jepun masuk Islam di Syria, di depan para pejuang Syria, Subhanallah Allahu Akbar walillahilhamd.
Dalam sebuah video yang diterbitkan di Youtube, menunjukkan seorang lelaki bermata sipit, seorang wartawan Jepun menyatakan dua kalimah syahadat di depan Mujahidin dari batalion Mamduh Julha yang bergerilya di gunung Al-Turkman di sempadan Syria-Turki.
Menurut laporan, ia masuk islam setelah tersentuh melihat sikap baik dari para Mujahidin ketika ia sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.
Dengan terbata-bata ia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" dibimbing oleh seorang mujahid dari brigade tersebut. Kemudian para mujahidin mengucapkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah terlihat gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". Kini ia bernama Musthofa, hamba Allah yang mencari hidayah di bumi para syuhada, Syam.
Pada saat itu, bertepatan pada waktu solat Asar, maka Musthofa langsung diajak untuk solat. Ia diajar berwudhu oleh salah seorang mujahid. Nampak penuh keseriusan saat ia mengikuti tahap-tahap wudhu yang diajarkan. Selalu ada dakwah di sebalik jihad, Allahu Akbar!.
Selalu kita tengok jam yang paling canggih pon waktu dia pakai led kan, kali ni ANA nak kongsi satu jam yang amat menarik yang mengakibatkan ANA terlopong sehingga lalat pon nak masuk huh dasyat punya lopong.. ok abaikan mitos tu. baik sekarang ANA mempersembahkan water jam (ANA sendiri yang menggelarkannya water jam) dari osaka city.. benda alah ni bukan hanya menunjukkan waktu berbuka puasa malah ada juga corak batik bunga yang best dan dia tersangat lah cool....
Kat bawah ni ANA ada pakingkan beberapa gambar untuk korang yang nak tengok osaka city tu macam na rupa bentuk dia, dia ada dua gate south and north.
nota kecik:: hebat ciptaan manusia hebat lagi pencipta manusia... :)
Hari ni nak cerita pasal Flash Mob, apa benda Flash Mob tu ANA pon baru nak cari pa benda la Flash Mob tu.. dia macam mak cik cleaner tu ke pegang mop tu pastu p mop lantai macam tu ke?? Oh bukan sama sekali, dalam pemerhatian ANA dan kajian yang telah dilakukan sejak tengok flash Mob Mata Hitam Keamanan dari tahun 2008 hingga sekarang pergh dah macam nak buat PHD dah, mereka ni akan berkumpul di sesuatu tempat kemudian melakukan perkara seperti menari, berlakon dan ada jugak jadi macam tugu untuk menarik perhatian orang awam yang ada disekitar kawasan tersebut bagi menyampaikan pesanan kepada orang awam atau melahirkan keseronokkan. Dah tak mau coret panjang-panjang dah.. biar video menceritakan segala-galanya...
sahabat leh baca pasal flash mob ni kat wikipedia klik
ini antara flash mob yang terbaik bagi ANA(NYC)
kalau macam ni hanya menarik perhatian dalam diam (MALAYSIA KLCC)
yang ni gabungan tarian dan juga seni pertahanan diri
Dewasa kini ramai anak muda telah mula terjebak dalam dunia Kpop dahulu di kenali sebagai aisPop yang boleh dibeli di kedai Kak Minah yang berherga 20 sen satu batang, sungguh sedap hingga mengakibatkan siapa sahaja yang membelinya tidak akan cukup dengan satu batang sahaja mesti nak beli lagi tapi akan daya mak hanya bagi 50 sen saja wat belanja sekolah, terpaksa lah pau yang member punya. sangkiu member nanti ANA belanja lempeng.
Hari yang damai sambil melayan perasaan di muka buku, sampaikan buku pon dah nampak macam muka mark zulkeberg. ok ANA daha agak mengarut sikit..
Sebenarnya ANA nak kongsi satu video yang best pada abad ini. Tak Caya?? kalau tak caya tanya ANA la, mesti ANA jawab ye da best.
SnSg-pinter ngaji
Disebabkan dia nyanyi dalam bahasa jawa (rasanya la kan) ANA terpasksa ulang beberapa kali video klip ni, ulang pon tak pa tak jemu, apa yang cuba disampaikan pesantrenPop ni dia suh kita mengaji yakni baca al-Quran jangan main judi err.. yang len tu tak berapa nak clear.. Sahabat layang la ye..
notakecik::pesantren tu kat indonesia kalau kat malaysia maca ngaji pondok la.
Wah.. giler r sekarang ni dah jadi perang media baru, penggunan mySpace tak puas hati ngan pengguna Facebook macam-macam la.. apa-apa hal pon layang la ni.. sedikit senyuman...
Ini peyokong kuat mYspace
Yang ni plak penyokong kuat Facebook
Yang peyokong Facebook boleh buat lagi baik kot hehehe...
Dewasa kini kita sering medengar orang sembang di kedai kopi, di FB di kedai dobi apa pandagan korang tentang ni? masa ANA dok ziarah blog ke blog (ingat rumah je ke boleh ziarah) sahabat kita ada juga ANA jumpa pasal blogger sentuh bab hudud ni, tapi bukan dia terus menyentuh bab ni tapi dia lebih kepada komen daripada satu video yang di upload kat youtube nama dia sembang rakyat musim hudud terus terang ANA katakan memang meyampah dengan setiap kenyataan yang di keluarkan. Apa yang dikatakan dalam video tu la.(bukan menyampah ngan blogger tu) kang tak pasal-pasal tak ada orang nak melawat blog ANA lagi.
ANA tak akan rasa apa-apa kalau dia dok kata kat pemimpin pembangkang (boleh sabar lagi) tapi bila dia ngata kan hukum yang ALLAH tetapkan yang ada nas dalam al-quran itu menunjukkan betapa jahilnya dia. moga diberikan taufik la.Video yang ANA kongsi ni boleh di anggap sebagai membalas video yang dibuat oleh geng sembang rakyat. penerangan secara santai dan bersahaja, tak da pon nak kata sapa-sapa.
penampilan istimewa matlutfi
Kita semua dah boleh pikir siapa yang benar siapa yang salah.
Assalamualaikum, kali ni ANA nak berkongsi dengan korang semua kelebihan hari jumaat, kita sering kali terlupa akan kelebihan yang telah ALLAH berikan pada kita, kita sering mengejar kelebihan-kelebihan yang jauh-jauh tetapi yang paling hampir dengan kita tidak pula kita rebutkan. Moga kita dijauhkan dengan sifat pelupa akan nikmat ALLAH jadikanlah kita sebagai hamba yang sering kali memperingati akan pemberi nikmat insyaAllah.
perkara pertama mengenal ALLAH adalah mengenal diri sendiri
Jumlah umat Islam yang semakin meningkat menjadikan kemudahan untuk beribadah menjadi sangat penting. Universiti Boston kini telah memulakan satu langkah penting dengan membuatkan tempat wudhu bagi mahasiswanya yang hendak melakukan solat.
Di pusat ‘Bahasa Inggeris dan Orientasi’ di kampus itu, ramai mahasiswa yang memeluk agama Islam. "Kita melakukan solat lima kali sehari dan sebelum solat perlu berwudhu dulu," kata salah satu mahasiswa, Reeema Alashgar, seperti dikutip The Boston Channel.
Sebelum dibangunkan tempat wudhu, mereka biasanya wudhu di toilet atau westafel. "Berwudhu di kamar mandi cukup membuat kamar mandi menjadi 'banjir'," kata pengarah Margot Veldivia.Jadi ketika kamar mandi sedang diperbaiki, pihak kampus sekaligus memasang tempat wudhu. Langkah ini ditanggapi positif oleh para mahasiswa. Mereka tidak meminta, namun pihak kampus dengan sendirinya memahami hal itu. Di Universiti Boston juga telah disediakan ruang khusus untuk solat.
"Saya sangat senang. Sebelumnya, kami berwudhu di westafel," kata Omar Biyari, mahasiswa yang juga kuliah di situ.
Sejumlah universiti termasuk Universiti Michigan dan Universitas George Washington juga telah menyediakan kemudahan kampusnya dengan tempat wudhu. Beberapa tempat wudhu di negara bagian di Amerika banyak yang dibangunkan menggunakan dana publik. Masyarakat umum tidak menjadikan hal tersebut sebagai satu masalah
Walaupun itu dikhususkan untuk agama tertentu, pada dasarnya semua itu adalah kemudahan umum sehingga boleh digunakan oleh semua orang. Namun sayang, bekas calon Presiden Mike Huckabee memberikan komen secara negatif tentang pembangunan tempat wudhu ini. Menurutnya, langkah itu sebagai salah satu usaha 'mengakomodasi' agama tertentu dengan mengorbankan agama lain.
Di saat mentari masih belum menampak wajahnya,
Di saat ayam masih tidur-tidur ayam,
Di saat pak guard dok layang game pin ball untuk mengisi kotak kebosanan tahap gaban. ANA ingin berkongsi dengan pembaca penyibuk semua (ada ke?).
Sedang ANA dok pikir apa la nak dicoretkan kali ni dah bersawang dah blog ni bertepatan sangat dengan nama dia dalam bahasa melayu laman sesawang.ANA pon melakukan perjalanan maya menjelajah ke seluruh dunia melihat keindahan dunia ciptaan manusia yang mula di dilahir kan lewat 1980 dan mula di teroka sekitar 1960 (TQ pak su wiki).
Banyak memang banyak benda yang sebelum ni kita tak kan tahu jika tak tahu, yelakan mana mungkin benda yang kita tahu tu, tak tahu mesti la kita tahu kalau kita tak tahu maksudnya benda tu kita tak tahu la kan.
(ok agak serabut)
Dalam dok pikir nak coret apa kat kat sini ANA pon membawa tetikus (sebut mouse lagi selesakan?) ke google search dan mengetuk papan luncur kekunci dan taip O@G dan keluarlah lagu generasiku fuhh lama gila r tak dengar lagu ni. sekali bila dah masuk dalam bilik you tube ni ada la tengok-tengok komen kat bawah vid, pastu ada jumpa satu komen pasal O@G tiru lagu orang OMD(oh mak datuk) apasal ni.
Kita tak leh cepat mengelabah, sebab jika kita terdengar sesuatu berita itu maka hendaklah kita siasat kebenaranya, supaya tidak terjadi sesuatu perkara yang akan menyusahkan orang lain. (ini ada dalil tapi ANA tak ingat surah mana). Bila ANA memulakan operasi menyelamat mencari pastu jumpa la apa yang dikata memang ada orang ambik lagu O@G dan nyanyikan semula, sebenarnya kumpulan tu yang ambil daripada O@G sebabnya kumpulan budak lagi ada kat disney channel asia nama dia waktu rehat.
ANA sempat la layang 12 bukan 12 episode tapi 1,2 episod ok la dari segi apa yang ANA dapat tafsirkan konsep dia muzikal macam high school musical ok la fun jugak tak dak la bosan sangat.(oh sebenarnya apa yang ANA nak kongsi ni.)
Kat sini ANA nak kongsikan dua genarasi menyanyikan satu lagu pergh!!! memang kena la dengan tajuk lagu dia GENERASIKU dari zaman yang berbeza bukan macam zaman batu ngan melinium tu zaman 2000 ngan 2011 itu maksud ANA. Ok lah korang layang la ni ye...
ini daripada O@G
dan ini pula versi waktu rehat
Kat sini ANA ingin mengingatkan kepada diri sendiri dan korang semua, Khalifah Umar Al-Khatab pernah berkata "jika kamu mahu melihat masa depan negara,dunia kamu maka lihat lah pada generasi muda pada zaman kamu" so kawan-kawan apa yang sering kita lihat di dada akhbar begitukah masa depan negara kita pada masa akan datang, ANA tinggalkan persoaalan ini untuk kita sama-sama fikir.
“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata: “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).
“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu !”
Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya”. (Qs. Al-An’am 93).
Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang berkenaan, bila orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawanya secara kasar.Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati.Namun demikian rasa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.
“Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”. (H.R. Ibnu Abu Dunya).
Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka’at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail.Maka bermohonlah ia kepada Allah SWT agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan,dan bertamu kerumah Nabi Idris.
“Assalamu’alaikum, yaa Nabi Allah”. Salam Malaikat Izrail,
“Wa’alaikum salam wa rahmatulloh”. Jawab Nabi Idris a.s.
Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.
Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail.
Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya “menghadap”. Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.
Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan “tamunya” itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. “Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita”. Pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).
“Subhanallah, (Maha Suci Allah)” kata Nabi Idris a.s.
“Kenapa ?” Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
“Buah-buahan ini bukan milik kita”. Ungkap Nabi Idris a.s.
Kemudian Beliau berkata: “Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram”.
Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau tertanya-tanya tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? fikir Nabi Idris a.s.
“Siapakah engkau sebenarnya ?” tanya Nabi Idris a.s.
“Aku Malaikat Izrail”. Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.
“Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?” selidik Nabi Idris a.s serius.
“Tidak” Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
“Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu”. Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris masih terpinga-pinga, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.
“Aku ada hajat kepadamu”. Tutur Nabi Idris a.s
“Apa itu ? katakanlah !”. Jawab Malaikat Izrail.
“Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku”. Pinta Nabi Idris a.s.
“Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya”, tolak Malaikat Izrail.
Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengkabulkan permintaan Nabi Idris a.s.
Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.
Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya.
Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali. “Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?” Tanya Malaikat Izrail. “Seribu kali lebih sakit dari binatang yang dicabut kulit hidup-hidup”. Jawab Nabi Idris a.s.
“Itu caraku yang paling lemah lembut,kulakukan terhadapmu”, kata Malaikat Izrail.
Masya Allah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s.
Bagaimana pula sakaratul maut kita? adakah kita di kalangan orang soleh atau sebaliknya?
“Sebarkanlah walau hanya satu ayat”
nota kecik:: orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati
Setelah bertungkus lumus maka dengan ini ANA mempersembahkan kepada ente sebuah animasi stop motion dengan bantun daripada Allah yang mengurniakan akal fikiran kepada ANA. Alhamdulilah siap la stop motion 100% daripada ANA tidak termasuk watak dalam video ini.
Dikesempatan ini juga ANA nak memohon maaf kepada ente sekalian yang sudi membaca di blog ANA, jika ada kesalahan dalam menaip entry atau kekasaran bahasa yang digunakan dalam entry-entry yang lepas. Salam Aidilfitri ANA ucapkan, ampun maaf dipinta.
Video ini ANA tujukan khas kepada pembaca sekalian diharapkan ente tidak jemu untuk singgah nak mengutip ilmu yang tidak seberapa ANA titipkan untuk ente..
Maafkan ANA kerana mungkin menyediakan entry yang kurang enak untuk di baca. Pada masa akan datang ANA akan cuba untuk memberi coretan yang terbaik buat ente semua untuk singgah di blog ANA tanpa ada kerugian....
Bagi ANA ini adalah antara video terbaik daripada negara Malaysia.. Digi sekarang dah boleh setanding dengan team Petronas dalam membuat iklan tentang Malaysia.
Kepada yang mahu pulang ke kampung halaman ANA doakan semoga selamat sampai ke kampung halaman jangan tergesa-gesa hendak sampai, pandu selamat sambil dengar lagu Maher Zain