Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk mengetahui muka surat setiap juzuk dalam Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.Jom sama-sama kita belajar.
Contoh pertama.
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.
Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, memang menakjubkan kan. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat yang lain, adik-adik kita, ahli keluarga kita supaya kita sama-sama mendapat manfaat.
""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
nota kecik::kena berusaha lebih ni untuk pembacaan Al-Quran.
10 ulasan:
nice sharing..tq palie..=)
@Kalamhati
welcomey
wahhh !!!!! amazinglah.. lepas ni senang la nak cari..
subhanaAllah
info yang sgt bagus. terima kasih ya..
orang sg petani ka..la..dekat je la kita..heh..buat jejak kasih lak kan kat cni..heehe
thanx lawat che mat.com.
jom follow..hehe
Allah Maha Kaya... besar sungguh ilmuNYa.
thanks for sharing. great info! :)
faham! tolak 1 kali dua tambah dua kat belakang..:)
nice sharing, baru tau ^^
@rauel_gonzales90
yup org SP kedah darul peace
@.zara.
sama-sama
@Wanie
(^^,)v
Catat Ulasan