seluar-siap Air-siap
beg-siap Kasut-siap
Ok semua dah bersiap sedia untuk memulakan ekspedisi kita kali ni. Ketua xpdc pada awal-awal lagi telah memaklumkan pada semua peserta xpdc ini bukan suatu yang wajib jadi tidak perlu rasa bedosa jika tidak mampu untuk turut bersama dalam xpdc kali ini mungkin jika mereka benar-benar bersedia mereka akan turut ikut bersama.Nampak dihujung sudut dewan ada yang menangis teresak-esak kerana tidak dapat menyertai xpdc yang dianjurkan,dia mengetahui betapa seronoknya jika dapat sama menyertai xpdc ini kerana program seperti ini hanya dibuat pada bulan tertentu sahaja tidak semua bulan.
Dengan Bismillah semua mereka menuju ke bas dan peserta mengambil tempat masing-masing. Kelihatan di setiap wajah peserta terpancar
Setiba dilokasi semua peserta sekali lagi dipendengarkan taklimat ringkas daripada ketua xpdc. Ketua xpdc sekali lagi memperkenalkan dirinya, Iman pesara tentera yang amat berpengalaman dalam menjalankan aktiviti lasak sebegini dia sudah berkurun bergelumang di dalam hutan, hutan sudah seperti tempat permainan baginya.Segala lurah dan gaung sudah dihafalnya pengalamannya selama berkhidmat dalam bidang ketenteraan menjadi satu kelebihan buatnya.
"Assalamualaikum semua sekali,Sekarang saya akan memberi sedikit taklimat ringkas sebelum kita semua bergerak menuju ke puncak, semua sudah bersedia?"Iman memulakan taklimatnya.
"Sedia!!"Jawab semua peserta dengan bersemanga,.sehinggakan burung yang terbang pon boleh jatuh.
"Seperti semua sudah maklum kita akan melakukan satu aktiviti lasak,walaupun ianya lasak namun tetap memberikan manfaat kepada diri kita dari sudut jasmani mahupun rohani. Saya akan menceritakan sedikit gambaran perjalanan kita. Perjalanan kita tidak akan dilakukan secara terburu-buru kerana kita tidak akan dapat menghayati keindahan alam semula jadi, amatlah rugi jika kita terburu-buru untuk sampai kepuncaknya tetapi kita tidak dapat apa-apa melainkan hanya penat semata-mata." Matanya bernyala-nyala setiap yang mendegarnya mendengar dengan khusyuk namun ada juga yang sudah beberapa kali mengikuti aktiviti ini hanya bersahaja ketika mendegar taklimat daripada ketua xpdc.
"Sepanjang perjalan kita akan beberapa kali mengambil masa untuk berhenti berehat seketika untuk melepaskan lelah serta boleh mencuri masa untuk memulihkan kembali tenaga.Ok itu sahaja yang ingin saya sampaikan semoga kita semua berjaya menempuhi cabaran xpdc kali ini."
Usai sesi taklimat semua peserta mengambil peralatan masing-masing dan memulakan pendakian.
Setiap 20 minit Iman akan berhenti berehat seketika untuk melepaskan penat dan lelah semua peserta tampak bersemangat namun ada juga yang sudah jelas terpancar di wajahnya kepenatan dan juga seperti wajah terpaksa mengikuti xpdc kali ini.Sepanjang perjalanan Iman menceritakan kisah-kisah yang menarik antaranya perlu kita menhargai masa, bagaimana insan yang terlalu mencintai harta bendanya dan pelbagai lagi kisah teladan yang disampaikan olehnya dalam bentuk yang amat santai dan menarik di dengar.
80 minit sudah berlalu ini adalah pit stop kali ke empat sudah ada yang berputus asa dan mahu berpatah balik. Kelihatan wajah Iman hanya bersahaja dia memang sudah menjangkakan perkara ini pasti berlaku bertahun-tahun dia membawa rombongan kembara dia sudah masak dengan situasi sebegini. Sebahagian peserta yang ingin mengundur diri dipersilakan namun Iman tidak akan menghantar mereka pulang ke bawah, biarkan sahaja mereka pulang sendiri. Peserta yang lain melihat mereka berlalu pergi begitu sahaja, bagi mereka yang mengundurkan diri sudah sampai separuh perjalanan ini pun sudah berbaloi.
Hati Iman berbisik "semoga untuk xpdc seterusnya mereka boleh sampai ke puncak"
Perjalan tetap diteruskan walaupun separuh daripada peserta pergi meninggalkan Iman.Iman terus mengorak langkah meneruskan perdakian yang tergendala.
Selama 200 minit perjalanan akhirnya mereka sampai kepuncak masing-masing terpancar wajah kepuasan maka terus ada yang bersuara "Iman bila kita nak daki lagi?"
"Esok pon boleh, bila-bila pon boleh"Iman membalas beserta senyuman.
Dari atas puncak kelihatan pemandangan yang amat indah yang hanya boleh dinikmati oleh orang yang berhati cekal sahaja, berjaya mengharungi perjalan selama 200 minit bukannya susah bagi mereka yang mempunyai azam yang kuat tekad yang tinggi.
"Ini lah kenikmatan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, sampaikan lah pada teman-teman yang lain tidak rugi untuk kita menyertai xpdc ini"
--tamat--
""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
nota kecik:: ada sapa-sapa nak di sambungkan citer ni?
30 ulasan:
assalam...
nice entry...
klau nak seribu daya...huhu
nice entri ya .
:)
kiasan yg rapi. betul juga..kenapa ramai yg tak sabar2 mahu habiskan 8..padahal selepas itu bkn mereka sibuk dengan perkara2 yg berfaedah... cuma mengejar masa untuk sinetron kegemaran tak pon berbual2..pnjng bualan blh jadi mengumpat..masyallah.. terkesan pahala taraweh tadi.wallahualam.
@Ungu Violet
Sangkiu very da much :)
@::ini belog saya . cinta hati saya::
senyum :) anda dalam tv hehehe
@A Crack Mirror
:)
xpdc panjat gunung yg hanya berlaku setahun sekali..insya ALLAH..=)
@KeChIk yg comey
betul tu...
assalam...
sbln dlm setahun xpdc tue kn...
selamt menjalani ibadah puasa...
mga lbeh baek dr sblmnya...
salam ziarah dr Ruby...
kiasan yang sangat bagus! :)
keep it up!
nice enrty..suke2..
selamat berbuka =D
suko..!!
nice :D
kih3.
S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
jangan terseksa kerana CINTA
cerita yg menarik tp maksud kiasan tu yg lagi menarik.. :)
@Pure Mahabbah Fillah
selamat menjalani ibadah puasa
@.zara.
thanks nantikan coretan yang seterusnya
@.zara.
thanks nantikan coretan yang seterusnya
@c i k a n a
thanks kerana suka.. :)
@CikFF
suko?? ANA pon suko bila CikFF kat sini hehe
@zaty luvlianncezzz
Salam Ramadhan
@zaty luvlianncezzz
Salam Ramadhan
@Aida Omar
Terima kasih.. sangkiu..
ok nicely..!
=)
slmt berterawih..nk cakap berbuka dah berbuka dah...huhu
wahh, entry terbaik ! hehe :)
huhu~ nice lah! best :))
@AwieKashi
komen ini dibalas ketika nk bersahur so selamat bersahur hihi
@Afiqa Dayana
syukran
@najlaa lala syukran.. best?? hehe doakan ia akan bertambah baik.. untuk akan datang
mant0p!! tapi mcm lama benor solatnye.. 200 minit..hehe..lps bt story lps plak.. teruskan usaha..
@k.yanti terima kasih k.yanti
Catat Ulasan