Isnin, 13 April 2015

.: Ketip Yang Dicari:.

"Kak Lin ada ketip tak saya nak satu "
itu lah ayat yang keluar daripada budak opis aku ni,
dan secara spontan aku jawab

"ada"

walaupun soalan itu bukan lah ditujukan kepada aku,
terus aku tanya dia nak yang kecik ke besar?
sebab dengan rak sebelah meja aku ni aku ketip yang kecik je, terus dia cakap ok tak pe kecik pon boleh.
terus aku hulurkan ketip kuku kat dia.

dengan muka yang ada beribu tanda soal dia balas

"eh saya bukan mahukan yang ini.." respon dia dengan dialek indonesia.

"habis mahu yang macam mana saya punya ada kecik je" balas aku sedikit meninggi
aku dah macam panas sikit yela tadi beria nak ketip lepas aku bagi tak nak pulak.

"saya nak yang ni" sambil beliau menghulurkan "ketip" ditangan beliau.

aku pun tengok ketip yang dimaksudkan tu.

"ini bukan ketip ini klip kertas, ketum betul".. jawab aku dengan nada seperti peguam menang kes.

nak ni ha klip kertas bapak besar aku bagi kat dia. Sian dia baru nak kenal klip kertas tu...

Kak Lin yang susah payah mencari ketip tadi pun terus berhenti mencari dan sambung buat kerja akaun sampai habis waktu kerja.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Tiada ulasan:

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""