1 perceraian setiap 15 minit: Mashitah
2011/03/03
PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Beliau berkata, jumlah itu meningkat setiap tahun kerana kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri, termasuk mengabaikan solat.
"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul: Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di sini hari ini.
Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan.
Mashitah berkata, JAKIM akan memperbanyakkan lagi program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.
"Setakat ini, JAKIM telah menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mashitah berkata JAKIM masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai "Sidang Parlimen Roh" selepas kematian pengasasnya, Ashaari Mohamad atau Abuya, pada 13 Mei tahun lalu.
"Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada
ajaran itu," katanya. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
.:Sampul Raya:.
""♥ Allah ♥ Rasulullah""
-
Baju-siap Lampu-siap seluar-siap Air-siap beg-siap Kasut-siap O k semua dah bersiap sedia untuk memulakan ekspedisi kita kal...
-
Satu petang yang tenang setenang air di kali sekilas pandangan ada kucing yang bergurau-gurau manja melintas di hadapan warong Pak Jabit. Wa...
-
J am menunjukkan 5 minit lagi 5.30 petang Hisyam mengambil kunci motor E kali lime EX5 yang sedia tergantung di bawah suis lampu. Puasa dah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan