Isnin, 12 Mac 2012

.:Kemelut Syria : Umat Islam Wajib Prihatin:.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Berasaskan nas nabawi yang mafhumnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”  Hadis Sahih bUkhari dan Muslim.
Seterusnya sabda Nabi SAW yang mafhumnya: “Siapa yang tidak prihatin hal ehwal umat Islam, maka dia bukan di kalangan mereka.” Hadis riwayat Hakim.
Justeru, atas semangat ukhwah Islamiah yang prihatin, cakna dan kasihkan saudara mereka sesama Islam, maka Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS dengan ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi dan padu kepada saudara seIslam di Syria yang sedangditindas, dibunuh, dipenjara tanpa hak yang sebenarnya.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :
Maksudnya: Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan Kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
(Surah al-Buruj: 8)
Sokongan ini selari dengan resolusi dan bayan yang dikemukakan oleh Persatuan Ulama Sedunia seramai 107 orang yang dipengerusikan oleh Al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Antara ulama yang menyatakan sokongan ialah:
•Syeikh Abdullah bin Biah, Timbalan Persatuan Ulama Sedunia.
•Syeikh Sadiq al-Ghiryani, Ulama Besar Libya.
•Syeikh Nasir Farid Wasil, Mantan Mufti Mesir.
•Dr. Ali Jumuah, Mufti Mesir.
•Dr. Salman bin Fahad al-Udah.
•Syeikh Nabil al-Iwadi.
•Dr. Isam al-Basyir.
•Dr. Abd Majid al-Zandani.
•Syeikh Iwadh al-Qarani.
•Dr. Tariq Suwaidan.

Dengan situasi yang terkini amat wajar pemimpin OIC, para ulama dan umat Islam di seluruh dunia wajar memberi tekanan kepada rejim Asad di Syiria agar berundur dengan menyantuni suara dan hasrat rakyat.
Dalam masa yang sama sebarang campur tangan kuasa asing dan bukan Islam melibatkan ketenteraan sepertimana berlaku di Iraq juga perlu ditolak kerana akhirnya hanya menambahkan kemusnahan negara dan tamadun umat yang dibina.
Antara resolusi awal yang dicadangkan ialah diadakan Qunut Nazilah sebagai senjata spiritual bagi mukmin serta memberi bantuan kepada penduduk Syiria.
Bagi menambahkan lagi kefahaman dengan situasi semasa dan terkini di Bumi Syam, pihak Lajnah Penyelidikan PAS bercadang untuk mengadakan Seminar Khas berkenaan isu terkini Kemelut Syria pada 25 MAC 2012 akan datang.

Sumber


""♥ Allah ♥ Rasulullah""

Tiada ulasan:

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""