Kelihatan sahaja kelibat Pak Kassim minuman yang belum dipesan sudah sampai di meja beliau, ini kerana Pak Kassim adalah pelanggan tetap di situ, air yang selalu dipesan oleh beliau ialah kopi radix suam.Sedang enak Pak Kassim meneguk secangkir kopi radix,
"Assalamualaikum, pengantin baru" Pak Kassim menegur beserta senyuman dibibir.
"wa'alaikumussalam, eh Pak Kassim tak perasan saya" Jawab Rahman.
"Yela bila dah berbini mana lah nak perasan Pak Kassim yang tercongok kat sini ni" seloroh Pak Kassim.
"jemputlah duduk" pelawa Pak Kassim.
"terima kasih Pak Kassim" Seyum Rahman.
sementara menunggu pesanan yang dipesan Rahman, Pak Kassim yang memang terkenal dengan sikap mesranya itu memulakan bicara.
"macam na sekarang dah berkeluarga ada semangat baru?" soal Pak Kassim.
hanya kesengihan Rahman menjadi jawapan kepada persoalan Pak Kassim.
"bila dah berkeluarga ini tambah lagi satu tanggungjawab, kena jaga isteri baik-baik, betul?" bicara Pak Kassim.
"betul tu Pak Kassim memang terasa juga ni tanggungjawab yang bakal saya pikul ni, nak kena bagi nafkah nanti bila dah ada anak nak kena bagi anak makan, pakai, nak gi sekolah huh memang mencabar tahap gaban kan Pak Kassim kan?" spontan Rahman menjawab.
"wah sampai ke anak sekolah dah kamu fikir Man hehe bagus-bagus, ada perancangn untuk masa depan nanti tak ada la susah kan bila dah ada perancangan untuk masa depan kan, a'a memamg bila dah berumahtangga ni hidup kita akan menjadi lebih mencabar kerana ada tanggujawab tapi kena ingat, tanggungjawab kita bukan setakat memberi nafkah dunia je kena ingat juga kamu sebagai ketua keluarga ada lagi satu tanggungjawab yang ramai para suami yang alpa dengan tanggungjawab ni iaitu membimbing keluarganya ke syurga." balas Pak Kassim.
"nah abang Man Roti telur ngan nasi lemak" pekerja warong Pak Jabit memberikan kepada Rahman yang sedang bersembang dengan Pak Kassim.
"ah ok, terima kasih sambil" Sambil Rahman menghulurkan duit pembayaran.
"oh makan nasi lemak ngan roti canai la petang ni kat umah, Man cuba kamu tengok beza nasi lemak kamu dengan nasi lemak yang ada atas meja tu" Soal Pak Kassim.
"em nasi lemak saya bungkus dalam plastik nasi lemak atas meja tu tutup dengan tudung saji" jawab Rahman bersahaja.
"bagus tepat sekali. Man, dalam al-quran Allah berfirman supaya perempuan menutup auratnya bukan membungkus auratnya, lelaki yang membiarkan isteri nya keluar dari rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna boleh dikatakan dayus" nasihat Pak Kassim kepada Rahman kemudian menghirup kopi radix suamnya.
kata-kata Pak Kassim jelas terpaku dalam hati Rahman, suaranya seperti tersekat di halkum, melirik sayu kepada isterinya yang ada di dalam kereta sambil menunggu nasi lemak berserta roti canai yang di idamkannya.
"saya faham Pak Kassim, Terima kasih kerana mengingatkan saya" jawab Rahman perlahan.
Pak Kassim menghantar Rahman dengan anak matanya sahaja sambil menghirup kopi radix yang hampir sejuk, dan kereta Rahman meluncur perlahan meninggalkan warong Pak Jabit. hanya tangan sahaja yang di angkat tanda meninggalkan kawan...
"
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur 24:31) |"
""♥ Allah ♥ Rasulullah""
4 ulasan:
panjang entri nie tapi Alhamdulilah dapat tambah serba sedikit tentang ilmu agama..
Alhamdulillah,bertambah ilmu Nisa untuk perbaiki diri.. :)
terima kasih di atas perkongsian ilmu yg sgt berguna ni :)
pengkongsian yang bermanfaat.teruskan semoga terus bermujahadah ya akhy.
Catat Ulasan