Ahad, 7 Ogos 2011

.:3D on Wii:.

Assalamualaikum, sapa kat sini kaki game cepat klik nuffnang ok kali ni ANA nak kongsi video yang ANA jumpa masa ngah men bowling longkang tadi.Melalui video ini sesiapa yang suka men game nintendo Wii pasti akan melompat keriangan kerana ianya akan memberikan mereka suatu kepuasan tak kala bermain game yang dia orang suka ok. jom usha..Video ni di post pada akhir tahun 2007 kalau korang tengok kat youtube dia punya view dah sampai 9 juta beb.


""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

nota kecik::dari dulu lagi teringin nak men PS3 

.:Ketahui Muka Surat Al-Quran:.

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan Sunnah kepada kita semua. Berapa kali sahabat semua baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia).

Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk mengetahui muka surat setiap juzuk dalam Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.Jom sama-sama kita belajar.

Contoh pertama.
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?  

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.

Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442   Subhanallah, memang menakjubkan kan. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat yang lain, adik-adik kita, ahli keluarga kita supaya kita sama-sama mendapat manfaat.



""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

nota kecik::kena berusaha lebih ni untuk pembacaan Al-Quran.

Sabtu, 6 Ogos 2011

.:Projek Matluthfi:.

Dipetang yang damai sambil menonton drama Ketika Cinta Bertasbih Spesel Ramadhan dan juga sambil dok usha FB ANA terpandang satu post yang menarik minat ANA  mereka berbicara tentang supermen nak mai malaysia  satu projek matluthfi90 yang beliau ingin kongsi bersama sebab dia rindu nak balik malaysia kot hihihi mahu kita semua juga berkongsi rasa sepinggan nasi lemak dan juga sekeping roti canai.

Dengan erti kata lain beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk membuat satu video berkaitan dengan hari kemerdekaan kita yang akan tiba satu train ngan Hari Raya Puasa. Jadi cakap banyak pon tak guna layan video ni untuk keterangan lanjut. Takbir!!!



  ""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
nota kecik::teringin nak join tapi rasa macam segan plak dok depan kamera er.. ak da kamera ka???

.:Iklan Puasa:.

Mari kita hayati bersama..


Iklan yang tidak memerlukan pelakonnya membuka aurat tidak perlu la nak panjang-panjang. Sampai juga mesejnya, bagi ANA video pendek memerlukan kreatif di tahap yang tinggi supaya penonton dapat faham dengan jelas mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah.

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Jumaat, 5 Ogos 2011

.:Tip Berbuka Puasa:.


Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan buah kurma yang segar (rutob), sekiranya ada atau kurma kering (tamar) dalam jumlah ganjil. Sekiranya tiada kedua-duanya sunat berbuka dengan air. Anas menceritakan, Nabi Muhammad berbuka puasa dengan beberapa biji rutob sebelum solat. Apabila tiada rutob beliau makan tamar, kalau tiada tamar diminumnya beberapa teguk air.

Kat sini ANA nak kongsi sikit kelebihan kurma ni, menurut Prof. Madya Aisyah Mohd Zain pakar perubatan Malaysia pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi UPM memberitahu, jus kurma dapat merangsangkan selera makan, membantu mencegah sembelit,lemah otot, sengal-sengal badan, lesu, dana barah usus besar. Ia juga dapat menguatkan ingatan dan melawaskan perut. Kurma juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut.

Rasulullah bersabda yang bermaksud::
“apabila kamu berpuasa berbukalah dengan buah tamar, sekiranya tiada berbukalah dengan air bersih.”
(Direkodkan oleh Ahmad dan Tirmizi)

Selain itu,Nabi Muhammad juga meninggalkan kita dengan beberapa tip untuk berbuka. Sunat berbuka sebelum menunaikan solat maghrib. Selepas  solat kita digalakkan makan  makanan yang berat. Namun dalam kes ini dikecualikan apabila makanan sudah siap terhidang. Baginda menyuruh supaya terus makan. 

Baginda bersabda,
 “apabila dihidangkan makan malam maka mulakan sebelum solat maghrib. Jangan kamu gopoh ketika makan malam itu.”


""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
nota kecik:: macam na la keadaan saudara kita kat Palestin sana nu. moga mereka menjalani ibadat puasa dengan aman.

Rabu, 3 Ogos 2011

.:Puasa Membuktikan Iman:.

Iman bukan hanya dikira dengan hati dan lidah tetapi juga dipandang melalui amalannya. Puasa adalah bukti dalam usaha mengukuhkan iman. Puasa membezakan amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah ataupun dilakukan sebagai tradisi tahunan atau mengelakankan diri daripada diejek orang apabila tidak berpuasa. Hanya orang yang berpuasa dengan ikhlas meyakini ganjaran yang Allah janjikan pada hari akhirat. Janji Allah pasti terjadi.




""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Isnin, 1 Ogos 2011

.:Student Blogger:.

Assalamualaikum, sahabat moga berada dalam keadaan ceria ibarat berjumpa ngan siti nurhaliza, kali ni ANA nak warwar kan mengenai satu group yang di buat teman-teman blog untuk para blogger yang bergelar student ok jom kita memeriahkan page ni kay.

Sebagai seorang yang bergelar student dan menjadi seorang blogger pada masa yang sama adalah mungkin sedikit rumit jika tiba waktu tertentu seperti exam, ballik kampung dan berbagai lagi masalah yang mungkin kita sedar atau tidak ada penyelasaiannya jika kita berkongsi ilmu.  Ok jom klik link untuk sertainya.. sahabat juga leh ping entry kat gruop  tersebut wokey!!!

Pada peringkat akan datang mungkin kita akan wat event yang best-best untuk kita bersama santai minda lepas exam or something kay..

Kami menanti kesudian sahabat semua ya-ha!! lagi ramai lagi meriah.


""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

nota kecik::teringin meluaskan empayar ya-ha!! 

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""