""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
Rabu, 17 Ogos 2011
.:Melewatkan Sahur:.
Puasa dah masuk penggal yang kedua iaitu keampunan, so kat sini ANA nak mengingatkan diri ANA dan juga ente sekalian jangan lupa sahur. Wa. awal-awal aritu semangat siap kejut tok bilai surau lagi, ni dah masuk tengah-tengah ni mula la ngantok la penat la malas la dan jawapan paling popular xpe dah makan dah tadi. Jangan la macam kay, meh baca ni untuk tambah kan semangat ente semula.
Sahur bermaksud makan dan minum selepas waktu tengah malam sehingga waktu imsak. Kelebihannya adalah orang yang berpuasa lebih bertenaga pada waktu siang. Selain itu, amalan ini juga mendapat ganjaran bonus daripada Allah.
Sabda nabi yang bermaksud
''Bersahurlah,sesungguhya pada makan sahur itu ada keberkatan."
(direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
"Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita (umat islam) dengan ahli kitab adalah bersahur."
(Direkodkan oleh Nasai)
Sabdanya lagi, yang bermaksud
"Sahur itu ada keberkatan. Jangan kamu meninggalkannya walaupun seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang bersahur."
Waktu bermula daripada separuh malam sehingga fajar terbit kerana hadis laporan Zaid bin Thabit katanya,
"Kami bersahur bersama Nabi Muhammad. Kemudian kami solat dalam jarak masa antaranya sekadar 50 ayat Al-Quran yang dibaca."
Allah juga menambah pahala kepada mereka yang bersahur lewat sehingga tiba waktu imsak. Waktu imsak yang di amalkan sekarang adalah bermula lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Ia bertujuan supaya orang yang berpuasa berhenti makan dan bersiap menunaikan solat subuh. Ia juga waktu ihtiati atau berjaga-jaga supaya tidak tergopoh-gapah bersahur apabila azan subuh berkumandang.
Apabila seseorang berasa ragu-ragu tetang waktu sahurnya dan tidak ada tanda-tanda yang membuktikan tamat tempohnya, puasanya dikira sah.
::dipetik dari buku Ramadan tetamu yang dirindui::

Selasa, 16 Ogos 2011
.:Lagu Khas Puasa:.
Bapaku Pulang Dari Bazzar
Bapaku Belikan Kuih Korea
Kuih Korea Sangat Sedap
Bolehku Makan Waktu Berbuka
Lalalalalalala lalalalalalala
Kuih Koreaku Lihat saja
Warna Dan Bau Memikat Jiwa
Adik Manis Jangan Nangis
Kerana Belum Masuk Waktu Berbuka
Lalalalalalala lalalalalalala
Bila Dah Tiba Waktu Berbuka
Adik Makan Dengan Lahapnya
Aku Kata Wah Adik Dasyatnya
Dengan Selamba Adik Jawab Biarlah
Lalalalalalalala lalalalalalalala
Sesudah Habis 2 Pinggan Adik Tibai
Adik Duduk Tersandar
Aku Pun Cakap Tu la Makan Tak Ingat Dunia
Adik Ku Jawab Ya Dah Insaf Dah
Itulah Kisah Adik Ku Dengan Kuih Koreanya
Lalalalalalalala lalalalalalala
Ok cuba nyanyikan ikut lagu Kereta Kecil Warna Merah.. Tetiba je teringat lagu ni di pagi hari dimana orang masih lagi dibuai mimpi. ANA bukan apa cuba nak menghiburkan hati yang lara serius rasa sedih sebab chong wei tak menang aritu apakan daya sedih sampai tak sanggup nak tulis citer pasal dia maksimum giler sedih.
""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
.:New Clip Video Maher Zain:.
Pepagi ini elok gak dengar lagu Maher Zain ni jom layanzz..ini adalah clip video beliau yang terbaru dan ada lagi dalam pembikinan so ANA harap ente semua sabar ya.
international
arabic version
""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
Isnin, 15 Ogos 2011
.:Sepetang Di Bazzar:.
Jam menunjukkan 5 minit lagi 5.30 petang Hisyam mengambil kunci motor E kali lime EX5 yang sedia tergantung di bawah suis lampu. Puasa dah masuk hari ke 15 sudah 15 kali juga la dia pergi membeli makanan di bazir bazzar ramadhan setiap gerai yang ada di situ sudah dihafalnya kalau la belajar pon macam ni kan bagus cepat ingat barisan pertama berkordinat 1,1 Abang Mael penjual Roti John, gerai yangv koordinat 1,2 itulah gerai Kak Jah jual nasi lemak huh!! anak dia memang comey setiap kali Hisyam lintas dihadapan gerai Kak jah setiap kali itu juga matanya lirik mencari Aini.Aini gadis bertudung litup tak ubah seperti Hana Tajima memakai baju kurung.
Hari ini cuaca agak redup menunjukkan tanda-tanda hujan mahu turun. Hisyam menongkatkan EX5nya berhampiran dengan gerai Abang Mael.
"Semalam dah makan Nasi Arab hari ni nak makan Nasi Rusia plak la" Hisyam mula bermonoloq.
Nasi Rusia sememangnya popular dikalangan orang seperti Hisyam.Gerai Nasi Rusia berkoordinat 5,3 kerana masih awal lagi jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan terlebih dahulu disekitar bazzar.
Pabila tiba di koordinat 3,2 Hisyam seperti sudah disihir kakinya terus melangkah pergi ke gerai berkoordinat 3,3 gerai Kak Timah penjual kuih tradisional dan moden.Sedang asyik Hisyam mejamu matanya dengan kuih yang berwarna-warni tidak ketinggalan bau yang memikat hati silap-silap boleh batal puasanya nanti. Tiba-tiba.
"Mak cik Kuih Korea ni singgit berapa mak cik"Tanya si pembeli.
"4 singgit dik,nak yang mana? yang ni atau yang ni,"Sambil tangannya menunjukkan kuih yang sudah di bungkus elok dan juga kuih sedia ada di dalam talam." Soalan beserta jawapan diberi oleh Kak Timah.
"Yang dalam bekas tu lah bagi 2 ringgit."Jawab adik manis itu.
"Ok siap dik nak Kuih Korea, 2 ringgit."sambil Kak Timah menghulurkan kuih adik tadi beserta baki 3 ringgit.
Adik tadi pon berlalu pergikau pergi~~ background muzik masuk dan hilang ditelan launtan manusia. Adik itu sudah tidak kelihatan namun Hisyam masih lagi disitu.
"Hisyam ko nampak budak tadi kan" tanya Kak Timah pada Hisyam.
"nampak.. kenapa kak?"Jawab Hisyam dalam kehairanan.
"tengok dia sendiri pun pilih kuih yang ada dalam bekas ni tak nak yang ada kat depan tu,dia pon tahu kuih yang dalam bekas ni lebih terjamin kebersihannya," kata Kak Timah seperti mahu menerangkan sesuatu.
"memang la kak kalau saya pun saya nak yang dalam bekas tu,nampak lagi elok".Jawab Hisyam.
"Hisyam sebenarnya dua-dua ni elok dan baru lagi tapi bila kuih ni ada dalam bekas dia akan nampak lebih elok, Hisyam begitu juga dengan manusia bila dia berpakaian menutup aurat dengan sempurna semua akan bersangka baik dengannya, kamu sebagai lelaki nanti jika mahu memilih isteri kamu juga mahu yang terbaik kan?
Hisyam hanya mampu senyum bila mendengar kata-kata dari Kak Timah. Hisyam berlalu pergi mendapat kan Nasi Rusia yang diidam-idamkan sejak sahur tadi sambil di tangannya sebungkus Kuih USA baru dibelinya di gerai Kak Timah.
Ramai di antara kita tidak sedar dalam kes menutup aurat dengan sempurna jika kita sebut pasal aurat pasti kita lebih cenderung pada wanita kan tapi kita jangan lupa kaum adam pun ramai yang leka bila sampai bab aurat ni g men bola pakai seluar pendek tak kena langsung.
Hari ini cuaca agak redup menunjukkan tanda-tanda hujan mahu turun. Hisyam menongkatkan EX5nya berhampiran dengan gerai Abang Mael.
"Semalam dah makan Nasi Arab hari ni nak makan Nasi Rusia plak la" Hisyam mula bermonoloq.
Nasi Rusia sememangnya popular dikalangan orang seperti Hisyam.Gerai Nasi Rusia berkoordinat 5,3 kerana masih awal lagi jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan terlebih dahulu disekitar bazzar.
Pabila tiba di koordinat 3,2 Hisyam seperti sudah disihir kakinya terus melangkah pergi ke gerai berkoordinat 3,3 gerai Kak Timah penjual kuih tradisional dan moden.Sedang asyik Hisyam mejamu matanya dengan kuih yang berwarna-warni tidak ketinggalan bau yang memikat hati silap-silap boleh batal puasanya nanti. Tiba-tiba.
"Mak cik Kuih Korea ni singgit berapa mak cik"Tanya si pembeli.
"4 singgit dik,nak yang mana? yang ni atau yang ni,"Sambil tangannya menunjukkan kuih yang sudah di bungkus elok dan juga kuih sedia ada di dalam talam." Soalan beserta jawapan diberi oleh Kak Timah.
"Yang dalam bekas tu lah bagi 2 ringgit."Jawab adik manis itu.
"Ok siap dik nak Kuih Korea, 2 ringgit."sambil Kak Timah menghulurkan kuih adik tadi beserta baki 3 ringgit.
Adik tadi pon berlalu pergi
"Hisyam ko nampak budak tadi kan" tanya Kak Timah pada Hisyam.
"nampak.. kenapa kak?"Jawab Hisyam dalam kehairanan.
"tengok dia sendiri pun pilih kuih yang ada dalam bekas ni tak nak yang ada kat depan tu,dia pon tahu kuih yang dalam bekas ni lebih terjamin kebersihannya," kata Kak Timah seperti mahu menerangkan sesuatu.
"memang la kak kalau saya pun saya nak yang dalam bekas tu,nampak lagi elok".Jawab Hisyam.
"Hisyam sebenarnya dua-dua ni elok dan baru lagi tapi bila kuih ni ada dalam bekas dia akan nampak lebih elok, Hisyam begitu juga dengan manusia bila dia berpakaian menutup aurat dengan sempurna semua akan bersangka baik dengannya, kamu sebagai lelaki nanti jika mahu memilih isteri kamu juga mahu yang terbaik kan?
Hisyam hanya mampu senyum bila mendengar kata-kata dari Kak Timah. Hisyam berlalu pergi mendapat kan Nasi Rusia yang diidam-idamkan sejak sahur tadi sambil di tangannya sebungkus Kuih USA baru dibelinya di gerai Kak Timah.
sekadar hiasan
--tamat--
Ramai di antara kita tidak sedar dalam kes menutup aurat dengan sempurna jika kita sebut pasal aurat pasti kita lebih cenderung pada wanita kan tapi kita jangan lupa kaum adam pun ramai yang leka bila sampai bab aurat ni g men bola pakai seluar pendek tak kena langsung.
""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
Selasa, 9 Ogos 2011
.:XPDC Daki Gunung:.
Baju-siap Lampu-siap
seluar-siap Air-siap
beg-siap Kasut-siap
Ok semua dah bersiap sedia untuk memulakan ekspedisi kita kali ni. Ketua xpdc pada awal-awal lagi telah memaklumkan pada semua peserta xpdc ini bukan suatu yang wajib jadi tidak perlu rasa bedosa jika tidak mampu untuk turut bersama dalam xpdc kali ini mungkin jika mereka benar-benar bersedia mereka akan turut ikut bersama.Nampak dihujung sudut dewan ada yang menangis teresak-esak kerana tidak dapat menyertai xpdc yang dianjurkan,dia mengetahui betapa seronoknya jika dapat sama menyertai xpdc ini kerana program seperti ini hanya dibuat pada bulan tertentu sahaja tidak semua bulan.
Dengan Bismillah semua mereka menuju ke bas dan peserta mengambil tempat masing-masing. Kelihatan di setiap wajah peserta terpancarseri ketidaksabaran mereka untuk mengharungi cabaran kali ini.Ada diantaranya nampak agak gelisah seperti anak musang dikejar ayam dalam memikirkan apakah dia akan berjaya sampai ke puncak seperti apa yang di harapkan oleh setiap peserta. Wajah sebegitu selalunya adalah orang yang baru pertama kali menyertai xpdc ini, dan disini sudah bermula tugas pembantu ketua xpdc untuk menenangkan wajah yang gelisah itu kerana ia akan memberi kesan ketika aktiviti pendakian nanti.
Setiba dilokasi semua peserta sekali lagi dipendengarkan taklimat ringkas daripada ketua xpdc. Ketua xpdc sekali lagi memperkenalkan dirinya, Iman pesara tentera yang amat berpengalaman dalam menjalankan aktiviti lasak sebegini dia sudah berkurun bergelumang di dalam hutan, hutan sudah seperti tempat permainan baginya.Segala lurah dan gaung sudah dihafalnya pengalamannya selama berkhidmat dalam bidang ketenteraan menjadi satu kelebihan buatnya.
"Assalamualaikum semua sekali,Sekarang saya akan memberi sedikit taklimat ringkas sebelum kita semua bergerak menuju ke puncak, semua sudah bersedia?"Iman memulakan taklimatnya.
"Sedia!!"Jawab semua peserta dengan bersemanga,.sehinggakan burung yang terbang pon boleh jatuh.
"Seperti semua sudah maklum kita akan melakukan satu aktiviti lasak,walaupun ianya lasak namun tetap memberikan manfaat kepada diri kita dari sudut jasmani mahupun rohani. Saya akan menceritakan sedikit gambaran perjalanan kita. Perjalanan kita tidak akan dilakukan secara terburu-buru kerana kita tidak akan dapat menghayati keindahan alam semula jadi, amatlah rugi jika kita terburu-buru untuk sampai kepuncaknya tetapi kita tidak dapat apa-apa melainkan hanya penat semata-mata." Matanya bernyala-nyala setiap yang mendegarnya mendengar dengan khusyuk namun ada juga yang sudah beberapa kali mengikuti aktiviti ini hanya bersahaja ketika mendegar taklimat daripada ketua xpdc.
"Sepanjang perjalan kita akan beberapa kali mengambil masa untuk berhenti berehat seketika untuk melepaskan lelah serta boleh mencuri masa untuk memulihkan kembali tenaga.Ok itu sahaja yang ingin saya sampaikan semoga kita semua berjaya menempuhi cabaran xpdc kali ini."
Usai sesi taklimat semua peserta mengambil peralatan masing-masing dan memulakan pendakian.
Setiap 20 minit Iman akan berhenti berehat seketika untuk melepaskan penat dan lelah semua peserta tampak bersemangat namun ada juga yang sudah jelas terpancar di wajahnya kepenatan dan juga seperti wajah terpaksa mengikuti xpdc kali ini.Sepanjang perjalanan Iman menceritakan kisah-kisah yang menarik antaranya perlu kita menhargai masa, bagaimana insan yang terlalu mencintai harta bendanya dan pelbagai lagi kisah teladan yang disampaikan olehnya dalam bentuk yang amat santai dan menarik di dengar.
80 minit sudah berlalu ini adalah pit stop kali ke empat sudah ada yang berputus asa dan mahu berpatah balik. Kelihatan wajah Iman hanya bersahaja dia memang sudah menjangkakan perkara ini pasti berlaku bertahun-tahun dia membawa rombongan kembara dia sudah masak dengan situasi sebegini. Sebahagian peserta yang ingin mengundur diri dipersilakan namun Iman tidak akan menghantar mereka pulang ke bawah, biarkan sahaja mereka pulang sendiri. Peserta yang lain melihat mereka berlalu pergi begitu sahaja, bagi mereka yang mengundurkan diri sudah sampai separuh perjalanan ini pun sudah berbaloi.
Hati Iman berbisik "semoga untuk xpdc seterusnya mereka boleh sampai ke puncak"
Perjalan tetap diteruskan walaupun separuh daripada peserta pergi meninggalkan Iman.Iman terus mengorak langkah meneruskan perdakian yang tergendala.
Selama 200 minit perjalanan akhirnya mereka sampai kepuncak masing-masing terpancar wajah kepuasan maka terus ada yang bersuara "Iman bila kita nak daki lagi?"
"Esok pon boleh, bila-bila pon boleh"Iman membalas beserta senyuman.
Dari atas puncak kelihatan pemandangan yang amat indah yang hanya boleh dinikmati oleh orang yang berhati cekal sahaja, berjaya mengharungi perjalan selama 200 minit bukannya susah bagi mereka yang mempunyai azam yang kuat tekad yang tinggi.
"Ini lah kenikmatan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, sampaikan lah pada teman-teman yang lain tidak rugi untuk kita menyertai xpdc ini"
Wah panjang giler r entry kali ni. Patah jari ANA nak menaipnya Cerpen ini ANA kiaskan mengenai solat terawih yang hanya boleh dilakukan ketika bulan ramadhan ni.Minit yang ANA nyatakan adalah bilangan rakaat, banyak diantara kita hanya membuat 8 rakaat sahaja solat terawih jika ada hal tidak mengapa tapi ini sudah dari 8 rakaat bukan mahu membuat kerja berfaedah tapi pergi bersembang di kedai kopi. Ya lupa nak beri tahu nama gunung ni ANA namakan Gunung Terawih.Semoga kita mendapat manfaat dari apa yang kita kerjakan sepanjang dalam bulan Ramadhan pada tahun ini.
perasan tul
seluar-siap Air-siap
beg-siap Kasut-siap
Ok semua dah bersiap sedia untuk memulakan ekspedisi kita kali ni. Ketua xpdc pada awal-awal lagi telah memaklumkan pada semua peserta xpdc ini bukan suatu yang wajib jadi tidak perlu rasa bedosa jika tidak mampu untuk turut bersama dalam xpdc kali ini mungkin jika mereka benar-benar bersedia mereka akan turut ikut bersama.Nampak dihujung sudut dewan ada yang menangis teresak-esak kerana tidak dapat menyertai xpdc yang dianjurkan,dia mengetahui betapa seronoknya jika dapat sama menyertai xpdc ini kerana program seperti ini hanya dibuat pada bulan tertentu sahaja tidak semua bulan.
Dengan Bismillah semua mereka menuju ke bas dan peserta mengambil tempat masing-masing. Kelihatan di setiap wajah peserta terpancar
Setiba dilokasi semua peserta sekali lagi dipendengarkan taklimat ringkas daripada ketua xpdc. Ketua xpdc sekali lagi memperkenalkan dirinya, Iman pesara tentera yang amat berpengalaman dalam menjalankan aktiviti lasak sebegini dia sudah berkurun bergelumang di dalam hutan, hutan sudah seperti tempat permainan baginya.Segala lurah dan gaung sudah dihafalnya pengalamannya selama berkhidmat dalam bidang ketenteraan menjadi satu kelebihan buatnya.
"Assalamualaikum semua sekali,Sekarang saya akan memberi sedikit taklimat ringkas sebelum kita semua bergerak menuju ke puncak, semua sudah bersedia?"Iman memulakan taklimatnya.
"Sedia!!"Jawab semua peserta dengan bersemanga,.sehinggakan burung yang terbang pon boleh jatuh.
"Seperti semua sudah maklum kita akan melakukan satu aktiviti lasak,walaupun ianya lasak namun tetap memberikan manfaat kepada diri kita dari sudut jasmani mahupun rohani. Saya akan menceritakan sedikit gambaran perjalanan kita. Perjalanan kita tidak akan dilakukan secara terburu-buru kerana kita tidak akan dapat menghayati keindahan alam semula jadi, amatlah rugi jika kita terburu-buru untuk sampai kepuncaknya tetapi kita tidak dapat apa-apa melainkan hanya penat semata-mata." Matanya bernyala-nyala setiap yang mendegarnya mendengar dengan khusyuk namun ada juga yang sudah beberapa kali mengikuti aktiviti ini hanya bersahaja ketika mendegar taklimat daripada ketua xpdc.
"Sepanjang perjalan kita akan beberapa kali mengambil masa untuk berhenti berehat seketika untuk melepaskan lelah serta boleh mencuri masa untuk memulihkan kembali tenaga.Ok itu sahaja yang ingin saya sampaikan semoga kita semua berjaya menempuhi cabaran xpdc kali ini."
Usai sesi taklimat semua peserta mengambil peralatan masing-masing dan memulakan pendakian.
Setiap 20 minit Iman akan berhenti berehat seketika untuk melepaskan penat dan lelah semua peserta tampak bersemangat namun ada juga yang sudah jelas terpancar di wajahnya kepenatan dan juga seperti wajah terpaksa mengikuti xpdc kali ini.Sepanjang perjalanan Iman menceritakan kisah-kisah yang menarik antaranya perlu kita menhargai masa, bagaimana insan yang terlalu mencintai harta bendanya dan pelbagai lagi kisah teladan yang disampaikan olehnya dalam bentuk yang amat santai dan menarik di dengar.
80 minit sudah berlalu ini adalah pit stop kali ke empat sudah ada yang berputus asa dan mahu berpatah balik. Kelihatan wajah Iman hanya bersahaja dia memang sudah menjangkakan perkara ini pasti berlaku bertahun-tahun dia membawa rombongan kembara dia sudah masak dengan situasi sebegini. Sebahagian peserta yang ingin mengundur diri dipersilakan namun Iman tidak akan menghantar mereka pulang ke bawah, biarkan sahaja mereka pulang sendiri. Peserta yang lain melihat mereka berlalu pergi begitu sahaja, bagi mereka yang mengundurkan diri sudah sampai separuh perjalanan ini pun sudah berbaloi.
Hati Iman berbisik "semoga untuk xpdc seterusnya mereka boleh sampai ke puncak"
Perjalan tetap diteruskan walaupun separuh daripada peserta pergi meninggalkan Iman.Iman terus mengorak langkah meneruskan perdakian yang tergendala.
Selama 200 minit perjalanan akhirnya mereka sampai kepuncak masing-masing terpancar wajah kepuasan maka terus ada yang bersuara "Iman bila kita nak daki lagi?"
"Esok pon boleh, bila-bila pon boleh"Iman membalas beserta senyuman.
Dari atas puncak kelihatan pemandangan yang amat indah yang hanya boleh dinikmati oleh orang yang berhati cekal sahaja, berjaya mengharungi perjalan selama 200 minit bukannya susah bagi mereka yang mempunyai azam yang kuat tekad yang tinggi.
"Ini lah kenikmatan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, sampaikan lah pada teman-teman yang lain tidak rugi untuk kita menyertai xpdc ini"
--tamat--
""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
nota kecik:: ada sapa-sapa nak di sambungkan citer ni? Isnin, 8 Ogos 2011
.:Tanah runtuh:.
3 Maut, 3 Masih Hilang:.
2011/08/08
CAMERON HIGHLANDS: Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian pada 5.45 petang semalam berlaku semasa hujan lebat. Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.
Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.Mayat wanita dan dua yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.
Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan dimasukkan ke hospital sama. Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.Wan Mohd Zahari berkata tiga rumah terbabit dalam kejadian itu.
Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian. - BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)
-
Satu petang yang tenang setenang air di kali sekilas pandangan ada kucing yang bergurau-gurau manja melintas di hadapan warong Pak Jabit. Wa...
-
Baju-siap Lampu-siap seluar-siap Air-siap beg-siap Kasut-siap O k semua dah bersiap sedia untuk memulakan ekspedisi kita kal...