Ahad, 4 September 2011

.:Ziarah Menziarah Amalan Mulia:.

Wah wah seyum lebar nampak, ente semua dapat berapa banyak duit raya hah!!  RM 0.50 ?? Ok la tu ada jugak orang yang teringatkan ente. Berkat tu -berkat, Yela kan berapa pun nilai dia tak kira la kan anggap je tu rezeki kita kalau ada sampai 200 tu alhamdulilah leh la simpan untuk belanja sek@Uni@Kolej dan sewaktu dengannya.

Ente mesti pernah kan pergi beraya sekali ngan mak abah kan kalau tak pernah (nampak benor nipunya) mesti ada kan mak sedara pak sedara cakap.... (ente sambung la sendiri) sebenarnya ANA dah xda idea aduyai banyak makan tepung.





""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Jumaat, 26 Ogos 2011

.:Balik Kampung Animasi Stop Motion:.



Setelah bertungkus lumus maka dengan ini ANA mempersembahkan kepada ente sebuah animasi stop motion dengan bantun daripada Allah yang mengurniakan akal fikiran kepada ANA. Alhamdulilah siap la stop motion 100% daripada ANA tidak termasuk watak dalam video ini.

Dikesempatan ini juga ANA nak memohon maaf kepada ente sekalian yang sudi membaca di blog ANA, jika ada kesalahan dalam menaip entry atau kekasaran bahasa yang digunakan dalam entry-entry yang lepas. Salam Aidilfitri ANA ucapkan, ampun maaf dipinta.

Video ini ANA tujukan khas kepada pembaca sekalian diharapkan ente tidak jemu untuk singgah nak mengutip ilmu yang tidak seberapa ANA titipkan untuk ente..



:::*Selamat Hari Raya*:::

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Khamis, 25 Ogos 2011

.:Ana Minta Maaf (video):.

Maafkan ANA kerana mungkin menyediakan entry yang kurang enak untuk di baca. Pada masa akan datang ANA akan cuba untuk memberi coretan yang terbaik buat ente semua untuk singgah di blog ANA tanpa ada kerugian....

Bagi ANA ini adalah antara video terbaik daripada negara Malaysia.. Digi sekarang dah boleh setanding dengan team Petronas dalam membuat iklan tentang Malaysia.

Kepada yang mahu pulang ke kampung halaman ANA doakan semoga selamat sampai ke kampung halaman jangan tergesa-gesa hendak sampai, pandu selamat sambil dengar lagu Maher Zain

Hati-hati jangan berbuka waktu asar (^^,)

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Selasa, 23 Ogos 2011

.:Takziah Buat Kak Roslina:.

Asslamualaikum, pa khabar iman ente semua, entry ANA buat khas untuk kak lina seorang blogger dalam dunia blog ni, ketika ANA ngah seronok baling mercun kat blog orang ANA tersinggah di satu blog dan tengok beliau ada membuat satu ucapan takziah buat seorang teman (maaf ANA tak ingat nama blog). Jadi ANA dengan pantas mengKLIKan diri dan ikuti kisahnya.. one liter of tear... semoga Allah tabahkan hati kak Roslina.

Jadi kat sini atas semangat puasa ANA menyeru semua blogger yang singgah di blog ANA untuk memberikan kata semangat buat beliau.


ini adalah header blog beliau bersama puteri tersayang
ANA memang tersentuh jiwa rock den ketika membaca kisah puterinya yang bertarung untuk hidup.Kesukaran beliau untuk meminta bantuan daripada pihak yang kononnya membantu tapi hampeh.

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Isnin, 22 Ogos 2011

.:Jalan Bata Sebijik:.


Malam ini macam biasa Fitri bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardhu Isyak dan diteruskan dengan solat sunat terawikh. Kebiasaannya dia pergi bersama Man tapi apakan daya setelah disapu minyak yuyi cap manggis pon Man masih lagi sakit perut akibat makan terlalu banyak laksam singapore.Hisyam dah 3 hari selamat sampai di kampung halamannya. sekarang hanya tinggal Fitri dan Man sahaja yang masih belum pulang ke kampung halaman.

"tu la orang lain pun makan juga tak de la macam ko makan, makan sampai 3 mangkuk. mangkuk tul la" marah Fitri kepada kawannya itu kerana tidak mahu mendengar nasihat.

"habis ko pegi ke tak ni?”Tanya Fitri.

“tak tahu lagi kang kalau dah tak meragam aku pegi r”jawab Man yang sedang terbaring di sofa.

“ok aku tunggu ko kat masjid,kalau ko tak datang aku tolong belikan kain kafan untuk ko hehe”balas Fitri.

“amboi ko aku baru je sakit perut sikit dah nak belikan aku kain kafan”Hisyam sedikit berangin.

“eh ko ni ingat mati tu kan bagus, ko tak tahu ke orang yang paling bijak adalah orang selalu ingatkan mati.”jawab Fitri  “ko tak nak ke jadi orang bijak” sambungnya lagi.

“ok-ok aku ngaku aku salah ye maafkan aku.”Hisyam mengalah.

Fitri mengambil kunci motornya yang sedia tergantung lalu menghidupkan enjin motornya. Trang tang tang tang tang, motor Fitri mula menjerit  sehingga mengejutkan kucing yang baru sahaja nak mengorat kucing jiran sebelah. Perlahan-lahan jeritang itu hilang dari lorong bata sebijik, yakni lorong rumah Fitri.

“meeeeeow eeow eow (kuuuurang asaaammm betul budak ni potong line aku plak)”kucing.
Kucing memandang Fitri dengan penuh dendam.

Pop!! Boom!! Prom pom pom pom!! Boom kebaboom!!

Sebaik sahaja tiba di lorong bata 2 biji, sejak dua menjak ni memang dia terpaksa berhati-hati ketika melintasi lorong bata 2 biji bagaikan sedang berada di Palestin bimbang,takut jika terkena peluru sesat. Begitu juga dengan keadaan di lorong bata 2 biji bimbang dan takut jika terkena mercun sesat mainan budak-budak di sepanjang lorong tersebut. Mereka saling berbalas tembakan mercun lihat siapa yang paling hebat siapa yang paling kuat. Begitulah suasana lorong bata 2 biji terpaksa menahan telinga dan juga menahan sabar dengan karenah budak-budak.

Fitri menongkatkan motornya kerana dia sudah sampai di masjid al-Taqwa. Bismillahirahmanirahim..Fitri melangkah masuk dengan kaki kanan dan membaca doa masuk ke masjid. Hari ini masuk hari ke 22 puasa dan hari ini juga satu telah maju kehadapan ini lah dikatakan semakin hari semakin maju, namun pada hakikatnya semakin mundur ke belakang.



--tamat--

ANA cukup tak berkenan kalau ada budak-budak men mercun dekat dengan surau atau masjid rasa macam nak kejar ngan kayu besbol je. geram mengganggu jemaah nak solat terawikh. memang pernah terjadi tengah asyik dok baca al-fatihah bunyi mercun bola memang terkejut r  alhamdulilah ngah bulan puasa sabar je la....


""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

.:Animasi Puasa :.

Assalamualaikum, layan animasi sikit.. jom!!!





Sentiasa dalam keadaan positif. takbir!!

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""