Sabtu, 17 Disember 2011

.:Pelajar Tajaan Petronas Berkahwin:.

Ada apa dengan melayu?? is nothing wah wah laser nye, entry kali ni ANA nak kongsi dengan sahabat semua mengenai satu kisah yang agak panaz. citer dia bermula macam ni.

Satu pagi yang dingin usai bermain badminton yang menyaksikkan ANA berjaya mengalahkan Hafiz Kamsah dengan straigh game 21-9,21-18 kita orang lepak kat kedai mamak 25 jam ntah macam na dia dapat ilham nak letak 25 jam tu pun ANA tak pasti. Menurut member ANA yang kaya ngan mitosnya dia kata 1 jam lagi dia dapat kat demensi lain hahaha macam-macam hal.

Tengah baik-baik sembang pastu member ANA buka citer pasal satu budak ni katanya dah berkahwin, bila ANA dah berkahwin tu kira ok la kan apa nak kisah sangat berkahwin kira normal la kan bila dah berkahwin ni, tapi ya ada tapinya yang tak normal tu dia kawen ngan laki dia tu laki kawen ngan laki konfom-konfom la tak normal kan.

Bila dah dengar macam tu apa lagi masing-masing buka bluetooth la nak dapat informasi ni haha. pastu ada la lagi kita orang bercerita sampai rasa dah tak da cerita lagi nak cerita.

Balik ja dari tempat kedai mamak tu ANA buka la dashboard em memang ada blogger ngah wat citer pasal benda ni.siap ada gambar lagi tu yang tak leh blah ni. Kat sini ANA lampirkan gambar budak tu kawen ngan mat saleh kat sana nu. Yang bestnya tu family dia wat report kata dia hilang kat sana memang la betul hilang hilang dalam dunia ..... hilang dalam identiti sebagai seorang muslim.


Siap pakai baju melayu lagi tu, pada pendapat sahabat semua apa kes ni ada lagi 2,3 keping gambar tapi tak sesuai la nak upload kat blog ANA yang suci ni..Apa yang nak dibanggakan dengan Melayu itula yang ANA katakan pada mula tadi, apa yang nak dibanggakan dengan melayu jika hilang islam dari dirinya tidak ubah seperti mat saleh yang dok peluk budak ni.

ANA tak nak tulis entry pasal budak ni sahabat cari la kat pak cik google nu.

""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Khamis, 15 Disember 2011

.:Oley:.

Dewasa kini kita sering medengar orang sembang di kedai kopi, di FB di kedai dobi  apa pandagan korang tentang ni? masa ANA dok ziarah blog ke blog (ingat rumah je ke boleh ziarah) sahabat kita ada juga ANA jumpa pasal blogger sentuh bab hudud ni, tapi bukan dia terus menyentuh bab ni tapi dia lebih kepada komen daripada satu video yang di upload kat youtube nama dia sembang rakyat musim hudud terus terang ANA katakan memang meyampah dengan setiap kenyataan yang di keluarkan. Apa yang dikatakan dalam video tu la.(bukan menyampah ngan blogger tu) kang tak pasal-pasal tak ada orang nak melawat blog ANA lagi.

ANA tak akan rasa apa-apa kalau dia dok kata kat pemimpin pembangkang (boleh sabar lagi) tapi bila dia ngata kan hukum yang ALLAH tetapkan yang ada nas dalam al-quran itu menunjukkan betapa jahilnya dia. moga diberikan taufik la.Video yang ANA kongsi ni boleh di anggap sebagai membalas video yang dibuat oleh geng sembang rakyat. penerangan secara santai dan bersahaja, tak da pon nak kata sapa-sapa.

penampilan istimewa matlutfi

Kita semua dah boleh pikir siapa yang benar siapa yang salah.


banyak video dia yang best 


""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

.:Kelebihan Hari Jumaat:.

Assalamualaikum, kali ni ANA nak berkongsi dengan korang semua kelebihan hari jumaat, kita sering kali terlupa akan kelebihan yang telah ALLAH berikan pada kita, kita sering mengejar kelebihan-kelebihan yang jauh-jauh tetapi yang paling hampir dengan kita tidak pula kita rebutkan. Moga kita dijauhkan dengan sifat pelupa akan nikmat ALLAH jadikanlah kita sebagai hamba yang sering kali memperingati akan pemberi nikmat insyaAllah.

perkara pertama mengenal ALLAH adalah mengenal diri sendiri


""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Isnin, 12 Disember 2011

.:Telinga Ditoreh Kerana Cemburu:.

PASIR MAS: Seorang pemuda berusia 21 tahun bukan saja diculik, malah turut dicederakan empat lelaki menyebabkan telinga kirinya dihiris, kening dicederakan dan betis kanan dikelar dengan sebilah parang panjang dalam kejadian di Bayu Lalang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian jam 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang juga pekerja sebuah pasar raya dekat sini, sedang menjamu selera di sebuah kedai berhampiran tempat kerjanya sebelum didatangi kumpulan lelaki tidak dikenalinya itu.Anak bongsu daripada sembilan beradik dari Chetok, dekat sini, dibawa ke lokasi rahsia di sekitar Bayu Lalang sebelum diserang tanpa perikemanusiaan.

Tanpa mempedulikan rayuannya, kumpulan berkenaan mengelar telinga dan pergelangan kaki sebelum meninggalkan mangsa yang kesakitan di dalam semak di tepi jalan berdekatan Kampung Bayu Lalang.
Mangsa yang mengerang kesakitan bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya sebaik mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian culik berkenaan.

Dalam keadaan parah, mangsa dikejarkan polis ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Difahamkan, suspek menyerang mangsa disebabkan salah faham dan cemburu membabitkan seorang wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan terperinci mengenainya.Menurutnya, siasatan mendapati mangsa tidak mengenali kumpulan lelaki yang melarikan dan mencederakannya.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

“Setakat ini polis masih mengesan kumpulan lelaki terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan motif kejadian juga sedang disiasat.Haliluddin berkata, pihaknya tidak mahu orang ramai membuat sebarang andaian mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.



""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Ahad, 11 Disember 2011

.: Best Taekwondo Fighting Ever:.


Nak gelak kesian plak tapi memang membuatkan ANA tergelak kih kih kih.. aduh sakit perut den....

""L♥ve Allah L♥ve Rasulullah""

Khamis, 1 Disember 2011

.:Islam Terus Berkembang:.

Jumlah umat Islam yang semakin meningkat menjadikan kemudahan untuk beribadah menjadi sangat penting. Universiti Boston kini telah memulakan satu langkah penting dengan membuatkan tempat wudhu bagi mahasiswanya yang hendak melakukan solat.

Di pusat ‘Bahasa Inggeris dan Orientasi’ di kampus itu, ramai mahasiswa yang memeluk agama Islam. "Kita melakukan solat lima kali sehari dan sebelum solat perlu berwudhu dulu," kata salah satu mahasiswa, Reeema Alashgar, seperti dikutip The Boston Channel.

Sebelum dibangunkan tempat wudhu, mereka biasanya wudhu di toilet atau westafel. "Berwudhu di kamar mandi cukup membuat kamar mandi menjadi 'banjir'," kata pengarah Margot Veldivia.Jadi ketika kamar mandi sedang diperbaiki, pihak kampus sekaligus memasang tempat wudhu. Langkah ini ditanggapi positif oleh para mahasiswa. Mereka tidak meminta, namun pihak kampus dengan sendirinya memahami hal itu. Di Universiti Boston juga telah disediakan ruang khusus untuk solat.

"Saya sangat senang. Sebelumnya, kami berwudhu di westafel," kata Omar Biyari, mahasiswa yang juga kuliah di situ.

Sejumlah universiti termasuk Universiti Michigan dan Universitas George Washington juga telah menyediakan kemudahan kampusnya dengan tempat wudhu. Beberapa tempat wudhu di negara bagian di Amerika banyak yang dibangunkan menggunakan dana publik. Masyarakat umum tidak menjadikan hal tersebut sebagai satu masalah

Walaupun itu dikhususkan untuk agama tertentu, pada dasarnya semua itu adalah kemudahan umum sehingga boleh digunakan oleh semua orang. Namun sayang, bekas calon Presiden Mike Huckabee memberikan komen secara negatif tentang pembangunan tempat wudhu ini. Menurutnya, langkah itu sebagai salah satu usaha 'mengakomodasi' agama tertentu dengan mengorbankan agama lain.


nota kecik::credit to GB

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""