Jumaat, 19 Ogos 2011

.:Hisyam Balik Kampung:.

"Hisyam ko dah beli tiket nak balik ganu ni"tanya Man teman serumah Hisyam

"Dah.."jawab Hisyam. ringkas.

"Wa bagus betul ek ko beli awal-awal aku dengar tiket nak balik pantai timur memang dah habis"Kata Man sedikit menjerit.

 "Oh biasalah orang pantai timur banyak yang pandai-pandai, sebab tu ramai yang masuk universiti jadi perantau.." balas Hisyam sedikit berseloroh.
"Ko dah beli belum"sambung Hisyam.

"Aku? belum lagi r relax r aku tak isau punya aku ada kabel baik punya" jawab Man sambil memaling semula mukanya ke arah tv yang sedang memainkan animasi Boboiboy.

"Man ko jangan macam tu kuat macam na pon kabel ko nanti kalau dah memang tak ada tiket memang ko tak balik johor kang, tak kan ko nak dayung sampan balik Johor?!"bebel Hisyam.

Man seperti biasa hanya mengangguk dan terus hanyut dengan Boboiboynya.Namun Hisyam kurang senang dengan tindakan teman serumahnya itu, dia kemudiannya mengambil kunci motor LC milik Man lalu.

"nah ambik kunci ni g beli tiket nu aku bukanya nak marah tapi firasat aku ni mengatakan tiket nak balik kampung ko dah habis ko tahu"gurau Hisyam dalam nada serius.

Dengan penuh kemalasan seperti ada rantai seberat 5 tan di kakinya. Man bangun dan terpaksa meninggalkan Boboiboy kesayangannya,mungkin betul juga kata si Hisyam tiket bas untuk balik ke Johor habis.Dia tahu Hisyam juga yang selalu mengambil berat tetang dirinya selama mereka tinggal serumah,Hisyam jugalah yang selalu membelikannya kuih Korea, kuih kegemaran mereka bersama.

Kelekuk..kelekuk Man cuba untuk menghidupkan LCnya,dia kehairanan.

"eh apasal susah nak idup ni selalu senang je." lantas dia memanggil Hisyam.
"Hisyam jap sini jap tengok bini aku ni kenapa tak nak hidup plak."

Hisyam pun keluar dengan muka kehairanan.

"budak ni kang ak kata cakap aku mengata, macam na nak idup kalau suisnya ko tak pulas."marah Hisyam.
"eh yeke?? relax-relax hehe ko kan puasa hehehe"sengeh Man.

 Setelah semuanya selesai Man pun membonceng LCnya dan terus hilang dari pandangan Hisyam.

55 minit kemudian Man pulang,hampa jelas kelihatan di wajahnya.Hisyam sudah boleh mengagak kenapa..

"hah! ni apasal plak ni muka macam minta pelempang je ni."belum pun sempat Man meletakkan helmetnya Hisyam terlebih dulu bersuara.

dengan nada lemah Man menjawab"tiket semua dah habis.." kecewa Man.

"itulah aku cakap tak nak dengar ni otai ni tak nak dengar cakap otai ini lah akibatnya hahaha."ketawa sindir Hisyam pada Man.

"yela aku salah, mana la aku tahu selalunya si Acai akan simpan tiket untuk ak ni mana la ak tahu jadi macam ni pulak, dia cakap memang ramai orang nak balik kampung naik bas tapi bas dah kurang so terpaksa dia jual tiket aku yang memang selalu dia simpan."terang Man dengan sedih.

"sudah lah Man ko tak yah lah sedih aku dah sediakan dayung untuk ko sampan ko carik la sendiri hahaha.."seloro Hisyam.
"wei sampai hati ko cakap macam tu kat aku, ala Syam tolong r aku macam ni? ko ada tak sedara nak balik Johor?"tanya Man yang meyimpan sepenuh harapan.

"ok-ok. hah! ko g tengok atas meja tu apa?" kata Hisyam sambil tanganya menunding kearah meja tamu.
"wei!! ni tiket bas balik johor ni mana ko dapat?"tanya Man sedikit teruja.
"tiket ni aku yang ambik dari Acai haha aku dengan dia dah pakat dah haha." jelas Hisyam.
"ceh korang dua dah pakat kenakan aku ek."sungul Man.
"ye..aku memang dah faham peel(perangai) ko ni yang suka relax terlampau."balas Hisyam.
"ayam betul r korang ni buat aku cuak je." kata Man dengan sedikit geram.

"hehe ini pengajaran untuk ko jugak supaya tak buat lagi, tu ok aku yang ambil kalau orang lain memang betul-betul ko balik naik sampan, hah jangan lupa RM 30 tu lebih kurang minta halal."kata Hisyam.
"baju untuk raya ko dah beli?"sambung Hisyam.

"Oh sudah semestinya itu penting tu haha awal-awal lagi aku dah beli jenama Boboiboy lagi." jawab Man riang.

 "eh itu awal pulak ko beli,apa guna ko beli baju raya tapi kalau tiket balik kampung ko tak de."tegas Hisyam
"macam ni la Man cuba ko pikir kita kan tak sampai 2 minggu lagi kita nak raya kan?maknanya lagi kita dah hampir tiba dengan malam al-qadar ko tahu betapa nikmatnya siapa yang dapat malam ni, satu malam lebih baik daripada 1000 bulan betapa besarnya Allah nak bagi kat kita.Kita asyik nak mengejar hari raya yang hanya biasa jika nak dibandingkan dengan malam al-qadar,." tegas Hisyam.

--tamat--

Dewasa ini memang ramai yang semakin melupakan malam al-qadar kita sering terlepas pandang atau memang kita sendiri tidak ambil peduli dengan malam penting ini.ANA ingin sekali mengingatkan diri ANA dan ente sekalian marilah kita buat persediaan untuk mencari malam al-qadar. jangan kita asyik membuat persiapan untuk raya je tapi kita lupa bahawa nikmat Allah yang mahu diberikan kepada kita.


Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [ Al Qadr :1-5]

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Khamis, 18 Ogos 2011

.:Andai Rasulullah Bersama Kita:.




Ya Allah ampunkan dosaku...ku titiskan air mata kerana rindukan mu namun tidak sanggup ku berdepan dengan mu aku sungguh malu kerana terasa diriku tidak layak berada disampingmu namun ku sangat-sangat merindui dirimu ya Rasulullah kekasih Allah...

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

.:Harga Barang Kawalan Raya 2011:.

Membelilah secara berhemah..ingat orang yang tidak berkemampuan.

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

.:Sifat Sabar Itu Mesti Ada:.



Sabar itu sebahagian daripada iman.

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Rabu, 17 Ogos 2011

.:Papankekunci cuti # 1:.



""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

.:Melewatkan Sahur:.

Puasa dah masuk penggal yang kedua iaitu keampunan, so kat sini ANA nak mengingatkan diri ANA dan juga ente sekalian jangan lupa sahur. Wa. awal-awal aritu semangat siap kejut tok bilai surau lagi, ni dah masuk tengah-tengah ni mula la ngantok la penat la malas la dan jawapan paling popular xpe dah makan dah tadi. Jangan la macam kay, meh baca ni untuk tambah kan semangat ente semula.

Sahur bermaksud makan dan minum selepas waktu tengah malam sehingga waktu imsak. Kelebihannya adalah orang yang berpuasa lebih bertenaga pada waktu siang. Selain itu, amalan ini juga mendapat ganjaran bonus daripada Allah.

Sabda nabi yang bermaksud 

''Bersahurlah,sesungguhya pada makan sahur itu ada keberkatan." 

(direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

"Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita (umat islam) dengan ahli kitab adalah bersahur."

 (Direkodkan oleh Nasai)

Sabdanya lagi, yang bermaksud

"Sahur itu ada keberkatan. Jangan kamu meninggalkannya walaupun seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang bersahur."

Waktu bermula daripada separuh malam sehingga fajar terbit kerana hadis laporan Zaid bin Thabit katanya,

"Kami bersahur bersama Nabi Muhammad. Kemudian kami solat dalam jarak masa antaranya sekadar 50 ayat Al-Quran yang dibaca." 

Allah juga menambah pahala kepada mereka yang bersahur lewat sehingga tiba waktu imsak. Waktu imsak yang di amalkan sekarang adalah bermula lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Ia bertujuan supaya orang yang berpuasa berhenti makan dan bersiap menunaikan solat subuh. Ia juga waktu ihtiati atau berjaga-jaga supaya tidak tergopoh-gapah bersahur apabila azan subuh berkumandang.

Apabila seseorang berasa ragu-ragu tetang waktu sahurnya dan tidak ada tanda-tanda yang membuktikan tamat tempohnya, puasanya dikira  sah.

::dipetik dari buku Ramadan tetamu yang dirindui::

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

Selasa, 16 Ogos 2011

.:Lagu Khas Puasa:.

Bapaku Pulang Dari Bazzar
Bapaku Belikan Kuih Korea
Kuih Korea Sangat Sedap
Bolehku Makan Waktu Berbuka

Lalalalalalala lalalalalalala

Kuih Koreaku Lihat saja
Warna Dan Bau Memikat Jiwa
Adik Manis Jangan Nangis
Kerana Belum Masuk Waktu Berbuka

Lalalalalalala lalalalalalala 

Bila Dah Tiba Waktu Berbuka
Adik Makan Dengan Lahapnya
Aku Kata Wah Adik Dasyatnya
Dengan Selamba Adik Jawab Biarlah

Lalalalalalalala lalalalalalalala

Sesudah Habis 2 Pinggan Adik Tibai
Adik Duduk Tersandar
Aku Pun Cakap Tu la Makan Tak Ingat Dunia
Adik Ku Jawab Ya Dah Insaf Dah

Itulah Kisah Adik Ku Dengan Kuih Koreanya

Lalalalalalalala lalalalalalala 

Ok cuba nyanyikan ikut lagu Kereta Kecil Warna Merah.. Tetiba je teringat lagu ni di pagi hari dimana orang masih lagi dibuai mimpi. ANA bukan apa cuba nak menghiburkan hati yang lara serius rasa sedih sebab chong wei tak menang aritu apakan daya sedih sampai tak sanggup nak tulis citer pasal dia maksimum giler sedih.




""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""