Hari ini cuaca agak redup menunjukkan tanda-tanda hujan mahu turun. Hisyam menongkatkan EX5nya berhampiran dengan gerai Abang Mael.
"Semalam dah makan Nasi Arab hari ni nak makan Nasi Rusia plak la" Hisyam mula bermonoloq.
Nasi Rusia sememangnya popular dikalangan orang seperti Hisyam.Gerai Nasi Rusia berkoordinat 5,3 kerana masih awal lagi jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan terlebih dahulu disekitar bazzar.
Pabila tiba di koordinat 3,2 Hisyam seperti sudah disihir kakinya terus melangkah pergi ke gerai berkoordinat 3,3 gerai Kak Timah penjual kuih tradisional dan moden.Sedang asyik Hisyam mejamu matanya dengan kuih yang berwarna-warni tidak ketinggalan bau yang memikat hati silap-silap boleh batal puasanya nanti. Tiba-tiba.
"Mak cik Kuih Korea ni singgit berapa mak cik"Tanya si pembeli.
"4 singgit dik,nak yang mana? yang ni atau yang ni,"Sambil tangannya menunjukkan kuih yang sudah di bungkus elok dan juga kuih sedia ada di dalam talam." Soalan beserta jawapan diberi oleh Kak Timah.
"Yang dalam bekas tu lah bagi 2 ringgit."Jawab adik manis itu.
"Ok siap dik nak Kuih Korea, 2 ringgit."sambil Kak Timah menghulurkan kuih adik tadi beserta baki 3 ringgit.
Adik tadi pon berlalu pergi
"Hisyam ko nampak budak tadi kan" tanya Kak Timah pada Hisyam.
"nampak.. kenapa kak?"Jawab Hisyam dalam kehairanan.
"tengok dia sendiri pun pilih kuih yang ada dalam bekas ni tak nak yang ada kat depan tu,dia pon tahu kuih yang dalam bekas ni lebih terjamin kebersihannya," kata Kak Timah seperti mahu menerangkan sesuatu.
"memang la kak kalau saya pun saya nak yang dalam bekas tu,nampak lagi elok".Jawab Hisyam.
"Hisyam sebenarnya dua-dua ni elok dan baru lagi tapi bila kuih ni ada dalam bekas dia akan nampak lebih elok, Hisyam begitu juga dengan manusia bila dia berpakaian menutup aurat dengan sempurna semua akan bersangka baik dengannya, kamu sebagai lelaki nanti jika mahu memilih isteri kamu juga mahu yang terbaik kan?
Hisyam hanya mampu senyum bila mendengar kata-kata dari Kak Timah. Hisyam berlalu pergi mendapat kan Nasi Rusia yang diidam-idamkan sejak sahur tadi sambil di tangannya sebungkus Kuih USA baru dibelinya di gerai Kak Timah.
sekadar hiasan
--tamat--
Ramai di antara kita tidak sedar dalam kes menutup aurat dengan sempurna jika kita sebut pasal aurat pasti kita lebih cenderung pada wanita kan tapi kita jangan lupa kaum adam pun ramai yang leka bila sampai bab aurat ni g men bola pakai seluar pendek tak kena langsung.
""Cintai Allah Cintai Rasulullah""
18 ulasan:
wah, mcm2 ade kat bazaar ramadhan engkau,, kuih rusia, usa, korea,pergh, 1 world betul,,
alhamdulillah le hisyam p bazzar dapat ilmu lagi///berhikmah betoi.
@fiq. ya memang worl hehe
Suka! Suka! Seronok pulak baca entry ni :)
@Nurmaisarah Ismail
Sangkiu.. :)
nice story..ada pngajaran d sebalik crita ni =D
@c i k a n a
syukran...
pegi bazar mcm jalan2 satu dunia kan..hehee
@sue-sama
dunia dihujung jari anda hehe
Ni post...I like your blog...Nice to meet u...Thanks
@Md. Shahriar Haque
syukran
terbaik
@Pendamba Mawar syukran
kkdg bermasalah jugak org sekrang...xphm apa itu posa..sedangkn aurat klau kat bazaar dah mcm pa dah...
mnariknyer kueh2 nie..hehe..ape pn cite ni mmg bez n ade pngjrnnyer:)
hihihihi...sengih lebar2 :D
@AwieKashi masalah hati...
@Aizawa gurl syukran
@Hurun Akita @ Ciktika (^____________^)
Catat Ulasan