Isnin, 15 Ogos 2011

.:Sepetang Di Bazzar:.

Jam menunjukkan 5 minit lagi 5.30 petang Hisyam mengambil kunci motor E kali lime EX5 yang sedia tergantung di bawah suis lampu. Puasa dah masuk hari ke 15 sudah 15 kali juga la dia pergi membeli makanan di bazir bazzar ramadhan setiap gerai yang ada di situ sudah dihafalnya kalau la belajar pon macam ni kan bagus cepat ingat barisan pertama berkordinat 1,1 Abang Mael penjual Roti John, gerai yangv koordinat 1,2 itulah gerai Kak Jah jual nasi lemak huh!! anak dia memang comey setiap kali Hisyam lintas dihadapan gerai Kak jah setiap kali itu juga matanya lirik mencari Aini.Aini gadis bertudung litup tak ubah seperti Hana Tajima memakai baju kurung.

Hari ini cuaca agak redup menunjukkan tanda-tanda hujan mahu turun. Hisyam menongkatkan EX5nya berhampiran dengan gerai Abang Mael.

"Semalam dah makan Nasi Arab hari ni nak makan Nasi Rusia plak la" Hisyam mula bermonoloq.

Nasi Rusia sememangnya popular dikalangan orang seperti Hisyam.Gerai Nasi Rusia berkoordinat 5,3 kerana masih awal lagi jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan terlebih dahulu disekitar bazzar.

Pabila tiba di koordinat 3,2 Hisyam seperti sudah disihir kakinya terus melangkah pergi ke gerai berkoordinat 3,3 gerai Kak Timah penjual kuih tradisional dan moden.Sedang asyik Hisyam mejamu matanya dengan kuih yang berwarna-warni tidak ketinggalan bau yang memikat hati silap-silap boleh batal puasanya nanti. Tiba-tiba.

"Mak cik Kuih Korea ni singgit berapa mak cik"Tanya si pembeli.

"4 singgit dik,nak yang mana? yang ni atau yang ni,"Sambil tangannya menunjukkan kuih yang sudah di bungkus elok dan juga kuih sedia ada di dalam talam." Soalan beserta jawapan diberi oleh Kak Timah.

"Yang dalam bekas tu lah bagi 2 ringgit."Jawab adik manis itu.

"Ok siap dik nak Kuih Korea, 2 ringgit."sambil Kak Timah menghulurkan kuih adik tadi beserta baki 3 ringgit.

Adik tadi pon berlalu pergi kau pergi~~ background muzik masuk dan hilang ditelan launtan manusia. Adik itu sudah tidak kelihatan namun Hisyam masih lagi disitu.

"Hisyam ko nampak budak tadi kan" tanya Kak Timah pada Hisyam.

"nampak.. kenapa kak?"Jawab Hisyam dalam kehairanan.

"tengok dia sendiri pun pilih kuih yang ada dalam bekas ni tak nak yang ada kat depan tu,dia pon tahu kuih yang dalam bekas ni lebih terjamin kebersihannya," kata Kak Timah seperti mahu menerangkan sesuatu.

"memang la kak kalau saya pun saya nak yang dalam bekas tu,nampak lagi elok".Jawab Hisyam.

"Hisyam sebenarnya dua-dua ni elok dan baru lagi tapi bila kuih ni ada dalam bekas dia akan nampak lebih elok, Hisyam begitu juga dengan manusia bila dia berpakaian menutup aurat dengan sempurna semua akan bersangka baik dengannya, kamu sebagai lelaki nanti jika mahu memilih isteri kamu juga mahu yang terbaik kan?

Hisyam hanya mampu senyum bila mendengar kata-kata dari Kak Timah. Hisyam berlalu pergi mendapat kan Nasi Rusia yang diidam-idamkan sejak sahur tadi sambil di tangannya sebungkus Kuih USA baru dibelinya di gerai Kak Timah.

sekadar hiasan

--tamat--

Ramai di antara kita tidak sedar dalam kes menutup aurat dengan sempurna jika kita sebut pasal aurat pasti kita lebih cenderung pada wanita kan tapi kita jangan lupa kaum adam pun ramai yang leka bila sampai bab aurat ni g men bola pakai seluar pendek tak kena langsung.

""Cintai Allah Cintai Rasulullah""

18 ulasan:

nurshaf berkata...

wah, mcm2 ade kat bazaar ramadhan engkau,, kuih rusia, usa, korea,pergh, 1 world betul,,
alhamdulillah le hisyam p bazzar dapat ilmu lagi///berhikmah betoi.

zul hassan berkata...

@fiq. ya memang worl hehe

Nurmaisarah Ismail berkata...

Suka! Suka! Seronok pulak baca entry ni :)

zul hassan berkata...

@Nurmaisarah Ismail
Sangkiu.. :)

Ana Amalina berkata...

nice story..ada pngajaran d sebalik crita ni =D

zul hassan berkata...

@c i k a n a
syukran...

Tanpa Nama berkata...

pegi bazar mcm jalan2 satu dunia kan..hehee

zul hassan berkata...

@sue-sama
dunia dihujung jari anda hehe

Md. Shahriar Haque berkata...

Ni post...I like your blog...Nice to meet u...Thanks

zul hassan berkata...

@Md. Shahriar Haque
syukran

Pendamba Mawar berkata...

terbaik

zul hassan berkata...

@Pendamba Mawar syukran

AMRI OTHMAN berkata...

kkdg bermasalah jugak org sekrang...xphm apa itu posa..sedangkn aurat klau kat bazaar dah mcm pa dah...

Aizawa gurl berkata...

mnariknyer kueh2 nie..hehe..ape pn cite ni mmg bez n ade pngjrnnyer:)

Hurun Akita @ Ciktika berkata...

hihihihi...sengih lebar2 :D

zul hassan berkata...

@AwieKashi masalah hati...

zul hassan berkata...

@Aizawa gurl syukran

zul hassan berkata...

@Hurun Akita @ Ciktika (^____________^)

.:Sampul Raya:.

""♥ Allah ♥ Rasulullah""